Luahan Cinta: Aku Keliru!

Post image for Luahan Cinta: Aku Keliru!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

saya pernah dikecewakan oleh kekasih. dan sy mempunyai teman lelaki yang pernah dikecewakan oleh bekas teman wanitanya. Dia seorang yang baik tapi setiapkali berjumpa, dia sering mengeluh dan mempersoalkan kenapa bekas teman wanita nya curang. Pada awalnya sy leh terima krn mungkin dia nak ambil perhatian kita tetapi dia sering mengirim di wall facebook lagu2 menggambarkan kekecewaan tenatang kecurangan bekas teman wanitanya. Bila saya persoalkan hal itu, dia pernah mengakui dia lum dapat melupakan tetapi dia tetap sayangkan saya. kadang2 saya keliru;adakah dia lum cukup bahagia walau sy telah hadir dlam hidupnya…kdg2 terasa macam dia x fikir macamner nak jaga hati saya dan perhubungan kami tetapi asyik memikirkan kenapa bekas wanitanya tak menghargai dia…adakah saya prlu meninggalkannya.?
Putri Sofea

Hai Putri Sofea,

Mengenang bekas kekasih lama adalah normal dalam perhubungan.Ramai kekasih di luar sana yang bercerita mengenai bekas kekasihnya kepada kekasihnya sekarang. Ini kerana menjalinkan hubungan cinta merupakan salah satu perkara paling besar yang pernah dilalui oleh setiap individu dan barangkali cinta lamanya itu adalah titik tolak kepada apa yang telah beliau kecapi di masa kini. I nampak teman lelaki you bersikap jujur dan mahu you tahu segala kisah silamnya tanpa berselindung. Sama juga seperti bila dia berbicara mengenai keluarga dan hobi. Tambahan pula, insan mana yang boleh memadamkan parut cinta yang lama sama seperti men-delete data dalam komputer?

Lebih-lebih lagi sekarang you sudah bergelar teman wanitanya dan saling mempercayai antara satu sama lain. Jelas sekali you lebih penting dalam hidupnya sekarang berbanding bekas teman wanitanya yang hanya terlintas difikiran sekali sekala. Ini adalah hakikat positif yang perlu you pegang.

Jika perkara ini menjadi-jadi dan kekasih you seakan-akan sudah terlalu kemaruk dengan bekas kekasihnya, berterus teranglah dengannya bahawa you sudah fed-up dengan semua ini. Mungkin teman lelaki you sendiri tidak sedar bahawa dia terlebih berbicara mengenai masa silamnya berbanding masa depan di depan mata.

Beri teman lelaki you sedikit masa. Mungkin selama ini tempat dia meluahkan masalah hidup adalah kepada seseorang yang bergelar perempuan. Dan sekarang kekasihnya yang lama sudah pergi dan dia hilang tempat bergantung. Hanya kepada you lah tempat kekasih you meluahkan perasaan. Cuba bertahan dengan keluhannya dan buangkan rasa curiga yang kadangkala datang dalam benak you. Sekali sekala you tidak perlu takut untuk mempersoalkan kelakuannya ini dengan nada sinis tapi janganlah terlalu serius hingga mendatangkan perbalahan besar, sekadar untuk menukar topik bolehlah.

p/s: Jangan sangka hati lelaki kuat dan tabah seperti dalam filem. Ramai juga yang hati bunga sebenarnya…hehe 😛

Gambar: kelsey_lovefusionphoto

Google Eat this!

  • keliru dengan cinta
  • keliru dalam cinta
  • bekas cinta lama perempuan bekas kawan sendiri

Leave a Comment

{ 2 comments… read them below or add one }

Mai 13 June 2014 at 10:32 pm

Hai… Sekiranya saya penah suka kan seorang lelaki tapi sekarang dia sudah ada girlfriend baru. Tapi lelaki itu masih ikut-ikut perkembangan saya. Adakah dia masih suka kan saya lagi atau sekadar nak sakit kan hati perempuan???

Reply

Arwistain-Up 18 December 2014 at 5:47 pm

Sbrlah ye……cinta tak lari jka ianye pasti.tpi ape yg stiap owg m’mliki cinta sjati

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta