Jom Meriahkan Wedding Glam Fiesta 2013 – Peringkat Pantai Timur

Berita gembira untuk  semua bakal pengantin dan juga vendor pengantin (mereka yang terlibat dalam perniagaan berkaitan pengantin) yang berada di pantai timur, Kelantan-Terengganu-Pahang, satu majlis ekslusif akan diadakan secara tertutup di Grand Riverview Hotel pada 20 April 2013.

Pihak penganjur juga menyediakan banyak pertandingan khas untuk peserta dan vendor pengantir yang menyertai majlis ini. Antaranya adalah seperti:

1. Live Anggun Mekap-sponsored by Amy Touch Glitters (Pertandingan Mekap adalah secara Live dengan masa diberikan selama 1 jam 15 minit dengan model sendiri (bertudung)

2. Glamor Busana Pengantin Muslimah by Color– (Pertandingan baju pengantin mengikut warna (merah/biru/kuning/putih/pink yang perlu dipersembahkan di atas pentas dengan model)

3. Stylista Gaya Tudung Pengantin – (Pertandingan baju pengantin dengan hiasan moden tudung/veil mengikut kreativiti yang perlu dipersembahkan di atas pentas dengan model)

4. Creative Fotografi PerkahwinanPERTANDINGAN INI PENYERTAAN PERCUMA (Pertandingan foto perkahwinan oleh jurufoto samada amatur, profesional atau yang menceburi bidang ini secara hobi)

5. Gubahan Hantaran Perkahwinan– (Pertandingan gubahan hantaran perkahwinan yang mana hanya perlu membawa 1 set contoh gubahana hantaran yang telah disiapkan)

6. List Pilhan Model Muslimah dan Lelaki PERTANDINGAN INI PENYERTAAN PERCUMA (Pertandingan untuk memilih mereka yang berminat menjadi model kepada butik2 atau jurumekap yang menyertai pertandingan malam tersebut)

7. Bakal Pengantin Pilihan-PERTANDINGAN INI PENYERTAAN PERCUMA(Pertandingan memilih 100 pasangan bertuah untuk menyertai event secara percuma, yang mana membuka peluang kepada mereka membuat pilihan dalam perkahwinan mereka kelak.Pertandingan ini berdasarkan format LIKE facebook yang mana mereka yang berminat perlu mengirimkan sekeping foto bersama pasangan mereka dan mengumpul sebanyak 50 like untuk terpilih.

 

## Info Majlis ##

Wedding Glam Fiesta 2013

Wedding Glam Fiesta 2013 ialah satu majlis yang fokusnya kepada mereka yang dalam terlibat dalam industri perkahwinan, di Pantai Timur amnya dan Kelantan khususnya.

Dengan berkembang pesatnya perniagaan dalam industri perkahwinan, majlis seumpama ini bertujuan menyediakan peluang perniagaan yang lebih besar dan meluas kepada butik-butik perkahwinan, para juru mekap, jurufoto, penggubah hantaran dan peniaga-peniaga yang terlibat secara tidak langsung dalam perniagaan seperti kain,tudung, pakaian, alatan mekap, komputer dan kelengkapan elektrik, percetakan dan sebagainya.

Majlis Wedding GLAM Fiesta ini lebih kepada B2B iaitu Business To Business yang mana untuk merapatkan lagi jarak perniagaan antara sesama pemain industri perkahwinan. Ini akan mewujudkan satu jalinan perniagaan demi memberi keuntungan di antara satu sama lain, malah mencipta peluang lebih hebat mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Pertandingan yang diadakan pula adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang terlibat satu platform menunjukkan keupayaan dan  kemampuan masing-masing dalam bidang mereka. Ianya juga satu pentas pengiktrifan terhadap keistimewaan skil mereka.

100 pasangan bakal pengantin juga akan memeriahkan lagi suasana event. Ini juga merupakan peluang terbaik bagi bakal2 pengantin mendapat info lebih lanjut mengenai industri perkahwinan dan dalam masa yang sama merancang pilihan perkahwinan mereka.

Diharapkan dengan majlis sebegini, mereka yang terlibat, samada peniaga kecil, besar, yang sudah mempunyai nama besar atau yang baru memulakan langkah pertama dalam perniagaan, semua akan mendapat faedah dan keuntungan.

 

##Aturcara Majlis (Malam) ##

8.00-8.45 : Pendaftaran dan ketibaan jemputan/hadirin dan VIP
9.00-9.15 : Perarakan masuk VIP dengan iringan persembahan ala majlis pengantin baru
9.15-9.30 : Fashion Show Sponsor dan Persembahan Artis Live Grand Opening
9.30-9.35 : Kata aluan Perasmian oleh Pemilik Butik Rins Suzana Kuala Lumpur
9.35-9.45 : Intro Owner Bridal diiringi model masing-masing
9.45-10.30 : Permulaan pertandingan Live Anggun Mekap
9.47 : Permulaan Pertandingan Glam Busana Pengantin Muslimah (slot 1-
putih@cream gaun/merah/kuning)
10.05 : Persembahan Live Show diringi persembahan Jastera
10.10 : Pertandingan GBPM (slot 2-pink/biru/hijau)
10.15 : Persembahan Live Show Duet
10.20 : Stylista Gaya Tudung dan Busana Pengantin Songket
10.30 : Keputusan Juri Mekap
10.40 : Keputusan Pemenang Fotografi
10.50 : Persembahan Kebudayaan Jastera
11.00 : Keputusan Pemenang Best Dress Hadirin
11.05 : Keputusan Pemenang Gubahan Hantaran, Kategori + Utama Busana
11.20 : Majlis Bersurai

 

## Jom Sertainya Sekarang! ##

Kepada bakal pengantin dan vendor pengantin yang berminat untuk menyertai majlis ekslusif ini boleh baca detail dibawah 🙂

Majlis : Wedding GLAM Fiesta 2013 peringkat Pantai Timur (Kelantan+Terengganu)
Tema Pakaian Hadirin (WAJIB) : Merah/Putih/Hitam
Lokasi : Hotel Grand River View Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 20 April 2013, Sabtu
Waktu : 8.00mlm-11.30mlm
Sokongan dan Kerjasama : UiTM Kelantan, Majalah Inspirasi Perkahwinan,Akhbar Sinar Harian, Akhbar Berita Harian, Rins Suzana Kuala Lumpur, Amy Touch Glitters Make Up Artist, Fujifilm Aneka Foto, Zoncinta.com

Azmi Hj Mohd Tahir
Pengarah Event
017-980 6680 / azmisentral@gmail.com
(www.facebook.com/weddingbiznesmind)

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta