Hantar Karya

Jangan SIA-SIAKAN bakat anda. Kini anda boleh menghantar apa jua karya yang anda hasilkan asalkan ianya ada kena mengena dengan motif blog ini iaitu cinta dan kasih sayang. Anda boleh menghantar cerpen, enovel mahupun kisah cinta anda kepada kami.  Anda boleh menghantar sebanyak mana pun karya/hasil penulisan anda kepada kami untuk dikongsi kepada pembaca. Dan untuk blogger, ini adalah peluang untuk menunjukkan skill dan kreativiti anda. 🙂

JOM jadi sebahagian daripada penulis di Zoncinta.com. Sila gunakan form dibawah ini untuk menghantarnya kepada kami.

– Semua hasil karya yang anda hantarkan kepada kami hendaklah 100% milik anda sendiri. Anda tidak dibenarkan copy-paste dari mana-mana sumber.
– Pihak kami akan meneliti karya mana yang sesuai untuk diterbitkan di blog ini.
– Pihak kami juga bebas untuk menyunting balik karya yang anda hantarkan kepada kami.

Google Eat this!

  • hantar karya puisi
  • hantar karya
  • hantar karya novel
  • hantar karya puisi online

7 thoughts on “Hantar Karya”

  1. qingn cerita tntang kisahq cndiri,long kasih solusi yg tepat&baik ya,gin I qsuka Osama cow dah lama bnget tapi dia gk suka samaq alasan’y krena dia bellum mkir tntang cew,htiq skrag bnar” skit bnget pa lgi skrag dia JD bnci bnget maq,qsms gk dles tlpon gk diangkat,skrag qhrus bagaimana sobat

    Reply
  2. Kenapa perasaan ini tidak diendahkan??
    Kenapa hati ini sering disakiti..
    Apa salah diri ini…
    Diri ini sudah tidak ada nilai lg..kerana sudah tidak cantik di pandangan nya..
    Pandangan nya hanya pada wanita yang cantik…
    Ya Allah…tlg lah ubati rasa kecewa ini…tidak mampu hamba tanggung sendirian…
    Peritnya tak tertanggung…

    Reply
  3. Wahai Pemuja Cinta

    Kau masih di situ
    Wahai pemuja cinta
    Biar walau tiada balasan
    Biar walau berapa abad lagi

    Kau masih di situ
    Si pemuja cinta yang setia
    Hidup di dalam anganan..anggapan..anggaran..
    Bahawa dia masih mencintaimu
    Gelora hatinya masih ditambat dengan namamu
    Dan kau tidak mahu berpaling ke hadapan
    Terpegun dengan rima fantasimu
    Dan kau menambak hatimu dengan seribu mimpi

    Bangun!
    Lihat ke hadapan..
    Dia sudah tiada
    Sedang memecut lari
    Bersama permaisuri/cinta hati yang sebenar
    Pastinya kau bukan lagi permaisuri/cinta hatinya
    Pastinya kau tidak boleh terus terpegun
    dengan anggapan-anggapan manismu
    Sedarlah!
    Berkasih tidak semestinya berpadu
    Bercinta tidak semestinya bersama seia sekata setia

    Sambung perjalananmu
    Biarpun kau tanpa
    sesiapa di sisi menemani
    Cukuplah kau mengetahui
    DIA masih menyayangi
    Dan penciptaanmu perlu
    dihargai dengan baktimu
    kepada-Nya..Ilahi.

    Nukilan: Naurah Musyahidah@Naimal Aina

    Reply
  4. Atma terusik. Suara vokalis Raihan menenangkan jiwa. Suatu ketenangan yang tidak diperolehi daripada lagu-lagu lain, hatta lagu Siti NorHaliza pun. “Tatajalla.. laisa filkauni muhalun ‘alaih iza amanna.” Apa maksudnya? Tak tersingkap ertinya, dek ceteknya ilmu di dada. Bahasa Arab yang masih belum dikuasai.Sekilas sepasang mata disajikan dengan pemandangan sahabat-sahabat yangtumbang dalam lautan ilmu. “Para syuhada’ yang syahid di medan perang”. Sayup suara Iqbal berlagu di hujung kuping telinga.“Masih adakah bicara selepas ini..” Mata segar -bugarnya meratah wajah-wajah
    sahabat-sahabat. Cuba menepis imbauan kenangan lalu, namun..
    “Bicara ini terus untukmu, lahir dari lubuk hatiku..” Tuhan, suara itu masih berlagu.“Kian membuak rasa mendalam ingin sekali tertumpah pada minda dan hatimu..”Merdu suara itu menyusup kalbu. Terus menerbangkannya ke alam lima tahun silam.“Masih adakah bicara selepas ini? Fuiyo! Ayat!” Zali bersuara lantang.“Nak dengar aku baca lagi..?” Kening nakal Zali diangkat. Mat, Shah dan Kuangkian menggalakkan.“Bicara ini terus untukmu.. Lahir dari lubuk hatiku.” Zali sengeh mengangkat kening berulang kali. Zakri yang baru masuk bilik, turut tumpang sekaki.“Kian membuak rasa mendalam..”
    “Ooo..! Syahdu nian sungguh menyentuh sukma.” Zakri membuat gaya seperti orang kena serang ‘heart-attack’. Zali, Mat, Shah dan Kuang hanya menghantar mata-mata ‘bosan’ mereka terhadap gelagat Zakri. Jelingan yang mengandungi maksud:”malas nak layan!”
    “Dah! Habis dah?!” Zali menyoal bagai tiada perasaan langsung dengan kelakuanZakri.Seperti orang bodoh, Zakri mengangguk. Macam orang salah pulak. Apa hal pulak kawan-kawan aku ni?
    “Banyak lagi ka?” Kuang menyoal tak sabar.“ Ada la dua muka lagi.”
    “Surat siapa tu?” Zakri memberanikan diri bertanya. Sekali lagi dia dibalas dengan renungan tajam berbaur bermacam-macam bauran. Ada bauran marah, pelik,geram dan macam-macam.“Sindili mau tanya ka?” Shah telah mula mengeluarkan bahasa loghat cinanya.
    “Sungguh ku tak sangka..”Mat menggeleng sejurus. Seperti menyesali sesuatu.Dialog drama apa pulak ni? Zakri kian tak faham.
    “Sungguh kami tak sangka” Zali pula bersuara penuh penyesalan. Pelakon terbaik Sekolah Menengah Tandop, Batu 4, Kedah.“Aiyo! Apa pulak ni..??” Zakri semakin pening. Rasanya dah habis rambutnya disagat oleh kuku tangannya. Tak faham!Tak faham!
    “Zakri..” Zali datang menghampiri, diikuti Mat, Shah dan Kuang.
    “Zakri.”Tak pernah-pernah panggil nama penuh, nie apa hal pula?Pening Zakri dibuatnya.
    “Hampa kena sampuk ya!”
    Pun begitu teman-teman yang seperti kerasukan sesuatu kian mendekati,sehinggakan dia terlantar ke atas katil.Bacaou!!!
    “Ini surat apa?”Sekeping kertas A4 bertatahkan tulisan tangan ‘yang tak lawa sangat’diunjukkann di hadapan mukanya.Surat? Belum sempat pun dibelek Zakri, warkah itu terlebih dahulu disambar Zali.
    “Yang pastinya..”Zali bersuara.
    “Yang pastinya..”Mat menyembut ayat Zali. “Surat ini membuktikan bahawa engkau memang.. memang..”
    “Mat Jiwang” Hampir serentak perkataan itu dihamburkan. Hark!Hark!Hark! Ketawa dihamburkan.
    Segarit senyuman terlukis di bibirnya. Sepucuk surat yang mencetuskan misteri menyebabkannya mendapat ‘title’ “Mat Jiwang”. Meng’glamor’kan diri yang tak pernah minta untuk menjadi ‘glamor’. Ah..kenangan! Indah untuk dikenang…Sedetik.. wajah itu menyongsong datang. Wajah ayu segar-bugar, bertutup litup,redup dipayungi tudung labuh.
    “Zakri.” Serasa namanya disebut. Memang sukar untuk memadam kisah silam.
    “Zakri.” Sekali lagi suara lemak merdu itu melagukan namanya.
    “Bukan niat melukakan hati, Zakri. Tapi, ini mungkin ketentuan Ilahi.”
    “Ketentuan Ilahi?” Zakri memusingkan badan mengadap ‘gadis misteri’ itu.“Gadis Misteri”-gelaran yang diberi oleh kawan-kawannya, sementelahan sekeping surat misteri yang ditujukan kepadanya. Juga kerana gerangan gadis itu masih menjadi misteri di kalangan kawan-kawannya. Dan juga kerana gadis ini telah berjaya mencipta perasaan
    misteri di sudut hatinya.
    “Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.” Gadis itu seperti takut-takut menentang pandangan Zakri.
    “Ia tidak akan menjadi kenyataan kalau tidak megusahakannya.” Zakri sebolehnya membalas segala hujah si gadis.“Naurah, cuba pandang wajah ini. Cuba renung mata ini betul-betul.”
    “Zakri.” Gadis itu bersuara lemah. “Tidak semua cinta, penghujungnya adalah bersatu. Dan janganlah kita cuba melangkaui batas takdir.”
    Zakri tergelak kecil. Tawar.“Memang pandai Naurah bermain kata-kata.”
    “Zakri, kita tidak tahu masa depan bagaimana. Saya tidak mahu mengambil risiko
    ini. Kita masih mentah, Zakri.”
    “Correction.” Zakri memintas. “Bukan kita. Tapi Naurah.. Naurah yang rasa masih mentah. Naurah takut untuk bercinta. Lucu.” Sekali lagi Zakri ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
    “Zakri, cubalah hadapi realiti di depan mata. Fikir dengan akal dan mata hati.Masih banyak yang perlu kita buat. Masih banyak tanggungjawab kita yang tidak tertunai.”
    Zakri merenung Naurah. Mengharapkan balasan yang sama daripada gadis itu.Namun, gadis itu terlalu malu untuk memandangnya. Kenapa sebegitu?
    “Naurah sayang. Saya tak tahu macam mana lagi hendak bercakap dengan awak sebenarnya. Kalaulah Naurah dapat memahami gejolak yang melanda di hati saya ini..”Nada suara Zakri menurun. Kian tidak bermaya. Diam sejenak.“Kenapa?”Zakri masih ingin mengutarakan persoalan. “Kenapa begini? Kenapa Naurah begitu smpit pemikiran? Tidak bolehkah Naurah buka sedikit pemikiran itu?Open-minded sedikit”, ucap Zakri separuh rasa. Seperti menyesali sesuatu.
    “Zakri..” Mengeluh seketika sebelum menyambung bicara.“Banyak lagi yang awak perlu pelajari.” Ungkapan yang penuh nada misteri.Mengungkap beribu tanda tanya di ruang minda. Sungguhlah gadis ini misteri.
    “Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak”,ungkapnya penuh semangat buat pertama kali setelah didesak olah sahabat-sahabat. Kata mereka nak ‘test power’. Nak tengok sejauh mana bebudak sekolah agama ini. Maktab Mahmud pula tu!
    Biasanya perempuan ini, kalau kena ‘ayat’begitu, mesti termalu-malu. Kalau yang berlagak sikit tu.. pura-pura jual mahal. Ataupun kalau yang lagi berlagak itu…silap-silap kena penampar.
    Tetapi, gadis ini… tersenyum cuma. Seperti tiada perasaan langsung dengan ungkapannya. Terasa dirinya pula yang termalu-malu. Ibarat seorang yang tidak mancung hidungnya. Tetapi menarik-narik hidung untuk kelihatan mancung.“Saya serius nie.”
    Naurah senyum lagi. Harapkan gadis di depan mata yang termalu-malu, tetapi kawan-kawannya yang lain pula sebegitu. Kalau mengurat mereka yang lain
    itu kan bagus.
    Tetapi,nak buat macam mana? Dah tarikan magnetnya mengena ke arah gadis tersebut.Tak boleh nak elak!Sesekali pandangan dialihkan kepada kawan-kawan di seberang jalan. Serba tak kena jadinya.“Awak tak..” Dalam usahanya untuk mengawal suara, tiba-tiba dia ‘diselamatkan’dengan tempikan salah seorang kawan si gadis.
    “Naurah..cepat!Bas dah mai!” Cepat-cepat gadis yang disebut ‘Naurah’ itu menujuke arah bas. Meninggalkannya termangu-mangu di situ tanpa sebarang kata.
    Ingatkan ‘perjuangan’nya sudah berakhir sampai di situ sahaja. Tetapi, nak buat bagaimana? Kawan-kawan tak sudah-sudah mencabar jiwa raga. Bukan dia tak pernah buat ‘kerja’ itu sebelum ini. Malah, dah ‘berjaya’ pun. Cuma dengan budak sekolah agama belum lagi.Bermacam-macam cara dicuba. Beri bungalah, coklat..hatta sampai deklamasi sajak depan gadis itu pun pernah. Sehingga tergelak-gelak seisi penunggu bas di situ.Tetapi, Naurah tetap senyum. Kalau tergelak pun. Sikit-sikit. Memang pelik.
    “Betul awak nak beri kepada saya?” soal Naurah sedikit bersungguh ketika dia pertama kali menghadiahkan bunga kepadanya.
    “Betul. Apa tak betul pula?” Dia cuba berlucu. Menutup sukma yang dirasuk resah.Naurah senyum lagi. Menerima pemberiannya. Nasib..kalau tidak,,! Zakri menoleh ke arah kawan-kawannya sambil membentuk jari tanda ‘best’.
    Esoknya, didapati setiap tangan penunggu bas di situ memegang kuntuman-kuntuman bunga. Ait..macam kenal aje bunga tu?
    “Tak salahkan.. bersedekah.” Dalam keterpaksaan Zakri terpaksa mengiyakan ujaran Naurah.Usaha urat-mengurat berjalan terus sehinggalah suatu hari.
    “Saya tak mahu lagi terima pemberian awak.” Tegas Naurah mengungkap kata.“Tapi…”
    “Cukuplah. Sudah terlalu banyak awak memberi dan sudah selalu sangat sayamenerima.”
    “Awak dah tawar hati dengan saya?Tak cinta saya lagi?”Senyum.
    “Cinta itu kena begitu ka?”Terkedu. Tak terjawab dek Zakri. Banyak pula celoteh gadis ini kali ini. Mungkin kerana penunggu-penunggu yang biasa bersamanya tiada. Memberi peluang kepadanya banyak bercakap. Tak hairanlah kerana Naurah keluar agak lewat kali ini. Puas juga mereka menunggu. “Terlepas bas kot!”, teka Zali. Tak baiknya.., desisnya di dalam hati.
    “Nah! Awak ambil balik hadiah awak ni..awak simpan ataupun.. awak sedekahkan aje kat orang yang minta sedekah kat Pekan Rabu tu.”Zakri merenung Naurah. Lama. Buruk sangat ke hadiah aku ni?
    “Saya bukannya nak hina hadiah awak”, ujar Naurah semacam memahami gelodak hati Zakri. Zakri terpana. “Cukuplah. Jangan terlalu menurut kata kawan-kawan. Lebih baik duit yang awak gunakan untuk beli hadiah selama ini, awak gunakan untuk beli buku. Ataupun kalau dah
    rasa kaya sangat, lebih baik bantu orang yang lebih susah daripada awak. Untuk pengetahuan awak, banyak hadiah yang awak beri kepada saya selama ini saya sedekahkan kepada orang lain sebab saya rasa saya tak perlukannya.”
    “Awak tak hargai pemberian saya!” Pantas Zakri menuduh.“ Sebab saya hargai pemberian awaklah, saya tolong awak buat sedekah.”Zakri diam sahaja. Tak tahu nak kata apa.“Maaf ye..bas dah mai. Saya pi dulu!”
    “Tapi, sebelum tu.. saya harap awak sudi terima benda ni.”Secepat kilat Zakri memasukkan kad namanya di dalam kocek beg Naurah. Dan Naurah tak terkata apa-apa.
    “Zack, jomlah!” Penuh manja Ana menarik tangan Zakri. “Ana teringin sangat nak tengok konsert tu tau!” Hambar. Langsung tak memberi kesan kepada jiwa remaja Zakri. Mood untuk ber’dating’ pada petang itu langsung tiada.“Berapa harga tiket tu?”Sekadar melayan, Zakri meluah petanyaan.“Lima puluh ringgit.”Hah! Sedikit ternganga Zakri. Sekoyong-koyong wajah Naurah bertamu di mata.“Lebih baik duit yang awak guna untuk beli hadiah selama ini, awak guna untuk beli buku.” Terngiang kembali ujaran si gadis.
    “Bolehlah, Zack ya. Bolehlah!” Suara manja Ana memancingnya kembali. Penuh dengan lirikan manja. Entah kenapa jiwanya rasa tawar untuk ‘bercinta’ hari ini. Tak rasa apa dengan setiap kata-kata dan gerak-geri gadis itu biarpun gadis itulah juga yang digilainya sebelum ini. Masih disaluti dengan suara-suara Naurah.

    *bersambung

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee