Gadis Buntu Ingin Berkahwin Muda

Post image for Gadis Buntu Ingin Berkahwin Muda

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Hye Mizs Cinta..:) Sy mngenali seorg jejaka nie da kt 5 taun.., sy syg sgt ngan dye.., dye cukup perfect bg sy.., namun.., umur kami 14 taun beza nya.., sy skrg masih lg bgelar siswi.., sy suke dye sb very caring.., responsibility n ckp memahami sy.. sy berniat utk kawen awl utk mngelak kn dpd zina dan maksiat.. walaubagaimanapun., sy tkt utk memberitahu kedua ibubapa sy dgn plihan sy dan hasrat sy utk kawen awl.., tmbhn lg ibu sy pernah melarang sy utk bercinta tau mngenali lelaki yg bkn 1 ngeri dgn kami.., dan tak akan mrestui prhbgn kami. Jd.., sy mohon sgt agar Misz Cinta dpt mnyelesaikan kekusutan yg berlaku dlm diri sy ini..
Gadis Buntu

Berkahwin seringkali menjadi solusi kepada maksiat. I harap bukan itu satu-satunya perkara yang mendorong you untuk berkahwin awal, sebaliknya perlu disertakan dengan cinta dan tanggungjawab.

Kisah ibu mahu bermenantukan orang senegeri bukanlah suatu yang ganjil, terutama bagi masyarakat di Pantai Timur. Ibu bapa you mempunyai sebab yang kukuh mengapa mereka mahu you berkahwin dengan lelaki senegeri. Mungkin kerana perbezaan budaya, dialek, ataupun nak bagi mudah balik raya. hehe. Tapi walau setegas mana syaratnya, apa yang mereka mahukan hanyalah kebahagiaan anak mereka sendiri. I rasa jika you benar-benar yakin kebahagiaannya adalah bersama si dia, ibu bapa you juga takkan keberatan memansuhkan syarat itu.

Ramai yang berkata bahawa umur hanyalah nombor semata-mata. Tidak bagi I. Misz Chinta dahulu juga pernah dihampiri oleh lelaki yang berusia 17 tahun lebih tua. Memang mereka caring, pandai mengambil hati, tidak panas baran dan tak tahu merajuk, tenang, dan paling penting berduit! Terus terang I mengakui bahawa I terpesona dengannya kerana dia mempunyai kereta dan selalu bawa pergi makan restoran, bukan macam lelaki sekampus yang hanya tahu bawa pergi mamak. Tapi di akhirnya, I dapat rasakan bahawa hubungan ini hanyalah material semata-mata dan tidak memberi kesan sangat kepada jiwa I, tidak kemana. Resam orang kita, lebih menghormati dan mengagumi orang yang lebih tua. Sebagai contoh, cuba ingat kembali ketika you di tingkatan 1, you menganggap senior tingkatan 5 jauh lebih matang dan cool berbanding orang yang sebaya you. Common sense. Adakah you melihat lelaki itu perfect kerana peribadinya atau kerana seperti contoh yang saya sebutkan tadi.

Adakah you masih menyukainya jika si dia jika dia beperwatakan sama tapi seorang mahasiswa sebaya you? 🙂

Gambar: Nuraishah Bazilah binti Affandi

Leave a Comment

{ 2 comments… read them below or add one }

yunie cinta hati 22 June 2012 at 2:41 pm

salam…sy sdh kenal dgn c dia 4tahun tapi dia masi ragu2 dgn sy..mcm mna sy nk yakinkn dia terhadap sy,,,dn yakin kn dia utk ke gerbang perkawinan????

Reply

budak koya 9 October 2013 at 9:46 am

salam……..saya bermur 23 tahun…..dan masih teringat kat makwe saya…..tapi kerna ego…..dan jual mahal….saya masih ade lagi ade perasaan kat dia…..maklum pula ade kawan saya nak juga kat dia dari dulu lagi…..tapi saya takut meluah perasaan kat dia…takut kena reject……tambahan pula dia cantik dan boleh la katakan berperangai elok….saya buntu dan saya juga ade hati kat dia….saya takut kehilangan si dia….

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta