Dilema Percintaan: Saya Sayangkan Si Dia!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam . Hi there .
I just found your blog when i keep searching for “masalah cinta” with pakcik google .
Misz Chinta , masalah saya agak rumit untuk diluahkan .
Tetapi saya cuba permudahkan .
Perkenalan saya dengan si dia bermula sejak saya tingkatan 1 lagi ( since 2005) .
Perbezaan kami agak ketara iaitu 12 tahun . Tapi usia bukanlah penghalang kan ?
Saya bukanlan seorang yang mudah jatuh cinta pada sang arjuna .
Mungkin orang kata , cinta zaman sekolah nie cinta monyet .
Saya juga berfikiran begitu tetapi hakikatnya Misz Chinta ,
Cinta monyet tue lah yang akhirnya memberi kekecewaan yang teramat pada saya .
Dari hubungan kawan , kepada adik angkat dan selepas itu lah kami sedar bhw kami saling menyintai satu sama lain .
Saya juga sukar percaya tetapi bak kata pepatah cinta itu buta .
Mungkin juga sbb sikap sy yang cepat matang buat sy serasi dengan dia .Then ,
Kami secara rasmi bercinta pada penghujung tahun 2007 .
Tapi tahun 2008 dugaan pula melanda kami berdua .
Hubungan cinta kami dihidu oleh ibubapa saya .
Ibubapa saya melarang keras hubungan kami .
Agak teruk saya dibalun ibu sy .
Saya cuba akur pada tentangan ibubapa . Saya terima perpisahan kami .
Tapi masa tue Allah shj yang tahu betapa terseksa hati saya .
Masa tempoh perpisahan , ada individu yang rapat dengan kekasih sy call sy .
Sini ada sedikit petikan kata-kata dari individu tue .
Dia cakap ,
” ieka , ko tak kesian ker kat Drus . sejak putus dengan kau , aku pon tak tau laa apa nak jadi dengan dia . Dia seolah-olah hilang dalam dunia sendiri .
Ko tau tak , Drus cakap ko selalu bg kata semngat suruh dia kerja dan saving sbb dia boros . Ko tau tak duit yang dia simpan semua di keluarkan dari bank . Dia habiskan semua simpanan dia . katanya , apa guna lg dia simpan duit nie kalau kau pon dah takda . Sampai satu tahap tue , dia cakap kat aku , rasa macam nak bunuh diri . Ieka , Drus tue tak pernah sampai mcm nie sekali sayang kat perempuan . Aku kenal dia ieka . aku risau dah nie ieka . perempuan yang hadir sebelum kau pon tak mampu nak buat dia kecewa sampai tahap nak bunuh diri . Dah 2 minggu dia tak balik rumah dia Ieka . Aku tengok hari-hari dia dengar lagu Thomas – Bunga . Lepas tue aku tengok mata dia basah. aku tahu dia menangis ka . Sedih hati aku tengok dia mcam tue . aku cuba nasihat dia ka , tapi kau tau lah bila dlm keadaan mcm nie , aku tak boleh nak force dia . kau tolonglah aku ka . tolong cakap ngan dia . aku tau kau tak sedia nak contact dia , tp aku mintak tolong sgt dengan kau ka . kau anggap jer kau kol dia sbg kwn ”.
Perkataan bunuh diri buat saya berfikir sejenak . apa yg patot sy lakukan ?, saya terus rasa takut . saya takut dia lost control . Lepas putus tue , agak lama saya menyepikan dari dia , saya tak tahan lagi terus senyap-senyap saya beli sim baru dan telefon baru . Saya tekad nak contact dia . saya nak tahu keadaan dia . Susah Misz Chinta utk saya buang dia terus dari hidup saya walaupun saya mencuba sehabis keras . Mlm tue sy call dia . Misz Chinta , luluh hati saya dengar suara dia . Suara dia serak . Mcm org sakit . Saya slow talk dengan dia , lepas tue saya dengar dia menangis , dia tanya ” kenapa awk buat sy mcm nie ? ” . terus saya discard on call . tak sanggup sy nak dengar . Tapi lepas tue sy msg jer dia . sy cuba perlahan2 pulihkan semngat dia . saya cuba nak sedarkan dia hakikat kita tak boleh nak lawan takdir Allah . Dia Maha Mengetahui .
Lama-lama dia pon beransur okey . Saya bersyukur sgt ,alhamdulillah lepas dari peristiwa nie , saya tengok dia pon makin mendekat diri pada yg Maha Esa .
Saya tahu dia juga dalam proses menerima Takdir dan dugaan yang diberikan olehNYA . Dalam diam , kami mula menjalin kembali cinta kami …
semuanya tidak dirancang . kami seolah-olah dah tak boleh berpisah lagi .
Sehinggalah saat sy menulis masalah ini , kami masih lagi bersama . pejam celik pejam celik dah hampir mencecah tahun ke-8 perkenalan kami . telah banyak dugaan yg kami lalui sepanjang 7 tahun ini . namun , saya sangkakan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah malam . Sya tahu , bukan setahun bukan dua tahun dia menunggu saya .
Saya juga lupa , sampai satu saat , dia juga perlu memikirkan masa depan dia .
Semalam , (17032012) dia kata kat sy ayah dia dah cari calon untuk dia … macamana sekalipon tahun nie dia kan kahwin jugak .
Ya Allah , pedih hati sy dengar dia cakap mcm tueee … dia kata kalau boleh mmg dia nak kahwin denga sy tapi orang tua saya tak tak izinkan .
Mmg dia dah pernah bgtau ayah dia pasal sy tapi ayah dia cakap belum boleh sbb saya masih belajar . dia pon ada cakap kat ayah dia , yang family saya tak
berkenankan dia .So , ayah dia mcm tak berapa nak izinkan lah kami . Tapi overall di pihak dia , mmg tak ada masalah . cuma sy masih menuntut di U .
Bagaimana kami nak menyelesaikan masalah nie Misz Chinta . Bukan senang sy nak give up setelah bertahun-tahun kami lalui mcm2 dugaan . setahun dua boleh lg sy nak consider . tapi Misz Chinta pasti faham kan ? Mmg sy agak takot nak mengambil risiko . sy syg mak sy . sy taknak lukakan hati mak sy . tapi andai saya tak ada jodoh dengan dia , sy tak tahu hati sy masih mampu atau tidak untuk dibukakan pd org lain . Misz Chinta , buka senang untk mencari orang yang mampu menerima kita seadanya .
Saya ada juga kenal2 dengan lelaki lain ( bukanlah curang , hanya berkawan ) tapi tiada seorang pon yg mampu terima sy seperti Drus terima saya . Sy bukanlah ingin memuji-muji Drus tetapi dia sangat sabar melayan karenah sy . Dia bnyk berkorban utk sy . Dia selalu dengar masalah sy . Dia selalu ada bila sy perlukan dia . Dia sangat memahami sy perangai sy berbanding orang lain . Seolah-olah sebahagian hidup sy ada pada diri dia . Seikhlasnya , sy nie bukanlah boleh dikatogerikan cantik . Mulut pon boleh tahan celopar . he he he .
Entahlah . sy buntu nak cari penyelesaian pada masalah kami . sy takut kehilangan dia . sy tak sanggup nak tengok kasih syg dia beralih arah pd org lain .
Dia sendiri pon tak yakin dia boleh atau tidak kahwin dengan orang lain . dia hantar msg pd sy semalam ” macamana sy nak kahwin dengan orang lain kalau hati sy pada awk ” .
Maaf kalau coretan sy agak panjang , cuma sy cuma ingin beri gambaran yg sedikit jelas utk Misz Chinta .
Harap Misz Chinta dpat beri pendapat . Million thanks . =’)
Nur Atikah

Jawapan Misz Chinta

 

Wassalam Atikah.

Misz panggil Ika je la ea:) Amboi panjangnya cerita Ika. Tapi jangan risau. Misz baca sampai habis 🙂 Jadi Misz simpulkan di sini:

2005 – Umur Ika 13 tahun
2008 – 16 tahun, official bercinta, dihalang (saya anggap kerana Ika masih belajar)
2012 – Menyambung kembali cinta dan Ika sekarang 20 tahun dan dia 32 tahun. Betul kan?

Selepas cinta dihalang pada tahun 2008, kamu berdua putus sekejap. Sehingga Ika menghubunginya semula dan kembali menjalin cinta. Sekarang Ika sudah dewasa. Pernahkah Ika membawa kekasih berjumpa ibubapa setelah Ika meningkat dewasa?

Dengarkan logik pertanyaan Misz ini. Semasa Ika mula-mula menjalin cinta, umur Ika masih mentah. Tentunya ibubapa akan menghalang. Siapa yang mahu melihat anak perempuannya hanyut dengan cinta pada usia yang muda. Kalau mengikut cerita Ika, dia bekerja kuat menyimpan duit untuk bernikah dengan Ika. Pastinya orangnya baik 🙂

Kalau sekarang Ika memperkenalkan dia kepada ibubapa Ika, sepatutnya tiada masalah kerana memang Ika di umur yang sesuai disunting orang. Setidak-tidaknya untuk bertunang, jika mereka mahu Ika mendapat ijazah dahulu.

Ika perlu faham, sememangnya ibubapa dia akan mencarikan calon untuknya kerana umurnya sudah lanjut bagi seorang lelaki untuk kekal bujang. Tapi dia sendiri perlu mempertahankan cintanya. Sebagai lelaki, dia tidak boleh dipaksa kahwin. Sekiranya dia mahu Ika jadi isterinya, dia perlu bertindak. Ika pula, berhenti takut dan hadapilah kenyataan. Sudah sampai masanya kamu berdua tidak berahsia lagi tentang perhubungan ini.

Namun sekiranya kali ini pun terhalang juga, Ika perlu waras dan matang dalam berfikir. Walau apa pun yang terjadi, sebagai anak, kita harus mengutamakan ibubapa.

Wallahu’alam.

Leave a Comment

yoeeeeeeee