Dilema Perkahwinan Tanpa Restu- Bahagia Sekali, Derita Berkali-kali

Atas alasan cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri. Mereka sanggup menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka. Bagi mereka, pasangan mereka adalah lebih baik dari segala-galanya. Dan sebab itulah terjadinya isu perkahwinan tanpa restu ibu bapa sehingga ada yang sanggup berkahwin secara diam-diam. Tahu-tahu je, dah berkahwin.

Ada sebabnya kenapa ibu dan bapa menolak untuk merestui perkahwinan anda. Mungkin ibu bapa masih belum mengenal pasangan anda betul-betul atau faktor-faktor tertentu yang menyebabkan pasangan anda tidak boleh diterima dengan baik.

 

Kesan Perkahwinan Tanpa Restu

Niat anda untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan dengan anda dengan cara yang sah adalah sesuatu yang amat-amat disukai oleh Islam. Tetapi untuk menolak ibu bapa dari hidup anda, ia adalah satu dosa kerana anda telah melukai hati mereka yang menjaga dan membesarkan anda sejak dari kecil lagi.

Pada awal perkahwinan mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya. Di awal perkahwinan, bibit-bibit cinta itu masih lagi mekar. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:

  • tidak lagi bahagia
  • sentiasa tidak tenang
  • selalu bergaduh kerana perkara kecil
  • anak-anak degil dan tidak mendengar kata
  • ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba

Ibu bapa juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka ini. Anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil sehinggalah besar dan bijak dalam membuat keputusan sendiri tiba-tiba menolak diri mereka disebabkan pasangan anda. Hati mereka bagaikan dirobek dan dihiris-hiris dengan pisau. Bayangkan sekiranya anak anda yang mebuatkan perkara yang sama terhadap anda anda kelak. Apakah perasaan anda?

 

Jalan Terbaik Menangani Dilema Perkahwinan Tanpa Restu

jomkahwin

Bukanlah semua hubungan dan perkahwinan tanpa restu ibu bapa tidak boleh diteruskan ataupun tidak boleh mencapai kebahagian seperti orang lain. Sebaik-baiknya cubalah mendapatkan kebenaran dan restu ibu bapa terlebih dahulu dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Untuk pengetahuan anda, ibu bapa tidak pernah menghalang atau menidakkan hak anda sebagai seorang anak untuk memilih pasangan dan kebahagian anak itu sendiri. Mereka cuma mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka. Β Dan sebagai anak, buktikanlah dahulu cinta anda kepada ibu bapa anda melebihi kasih sayang anda terhadap si dia. Bila anda mampu buktikan kekuatan kasih sayang anda terhadap ibu bapa melebihi kasih anda terhadap kekasih, ibu bapa akan hormati anda, lebih menyayangi anda dan tidak mustahil, akan tiba satu masa, pilihan anda menjadi pilihan mereka juga. Cuma perlu bersabar, solat dan doa kepada-Nya.

1) Bawalah pasangan anda ke rumah agar ibu bapa dapat berkenalan dengan pasangan anda dahulu

2) Sekiranya ibu bapa tetap tidak menerima pasangan anda, cuba cari sebab dimana dan perbaiki kelemahan tersebut

3) Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dilembutkan hati ibu bapa dalam menerima pasangan anda

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bagi ibu bapa, jika calon menantu bukanlah pilihan anda tetapi tetap digilai si anak, bantulah si anak jadikan kekasihnya calon pilihan anda dengan usaha dan doa. Jangan sesekali memusnahkan kebahagian masa depan anak anda gara-gara terlalu megikutkan emosi anda sendiri.Β Dan semoga anda sekeluarga bertambah bahagia dengan bertambahnya keluarga baru πŸ™‚

Sebagai si anak pula, anda hendaklah menyakinkan bahawa kepada ibu bapa bahawa si dia adalah jodoh yang terbaik untuk diri anda dan keluarga πŸ™‚

Gambar:Β Β Sukahati Photovideographic

Google Eat this!

  • isteri ustaz azhar
  • perkahwinan tanpa restu
  • restu ibu bapa
  • kahwin tanpa restu
  • ayat lelaki curang
  • kahwin tanpa restu ibu bapa
  • perkahwinan tanpa restu ibu bapa
  • ibu bapa tidak restu hubungan
  • restu ibu bapa dalam perkahwinan
  • kawin tanpa restu ibu bapa

Leave a Comment

{ 29 comments… read them below or add one }

Amar 29 April 2013 at 11:06 am

Salam.

Admin pernah tak kahwin tanpa restu? Admin pernah tak ada ahli keluarga yang kahwin tanpa restu? Tak lalu pengalaman tu, kita takkan tahu. Sebab-sebab keluarga tak restu ni ada yang tak dapat diubah. Contohnya kerana lelaki itu suami orang. Atau pun kerana keluarga mimilih keturunan. Mengubah persepsi ibu bapa yang begitu selalunya tak berjaya. Perasaan Cinta tu pula bukan mudah nak dihalang.

Keluarga perlu tahu, bila anak gadisnya mula keluar rumah sendiri, samada belajar ke Universiti atau bekerja. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sebab tu mak ayah selalu bimbang untuk lepaskan anak gadisnya keluar jauh. Tapi dengan persekitaran hari ni, terpaksalah.

Anak juga perlu tahu, kalau kahwin tanpa restu, cabarannya lebih besar. Bukan tak bahagia, tapi cabaran dan risiko lebih besar. Kalau tak penuh ilmu di dada, jangan renang lautan api.

Sekadar pandangan dari apa yang saya temui dalam masyarakat terdekat dengan saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Reply

Pija 15 May 2013 at 3:31 pm

Ada kwn ofis sy kahwin tanpa restu jg, tapi nampak bahagia saja dgn suami dan ank2. bila sy tanya slow2 dia kata ok je. tp selalu balik kg mentua dia time raya, tak pernah ke kg dia di kulai. susah jg tu

Reply

Amar 19 May 2013 at 7:54 pm

Kahwin tanpa restu bukan semestinya tak bahagia. Cuma cabarannya lebih getir. Pengorbanannya bukan sedikit. Sebab tu kena fikir masak-masak. Kalau dah tempuh, jatuh bangun kena kuatkan diri juga. Itulah keadaannya mereka yang dah lalu yang sempat saya perhati.

Reply

Norfanil 1 June 2013 at 8:59 pm

ibu bapa lebih tahu mana terbaik untuk anaknya..
ibu bapa lebih makan garam gula asam dan sebagainya.. hehehe

Reply

hamba allah 17 October 2013 at 11:18 am

saya berada dalam situasi ini sekarang,berhasrat ingin menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yg lebih matang dari saya, beza umur kami dalam 7 tahun,tetapi tidak terasa sangat beza umur kami itu kerana kami seperti sebaya, saya sudah tamat belajar dan sudah bekerja, ibubapa sebelah perempuan sudah bersetuju dengan hasrat kami untuk berkhawin tetapi ibubapa sebelah lelaki tidak bersetuju,alasan mereka saya tidak begitu matang lagi,mereka juga menyarankan supaya saya menyambung pelajaran dan bekerja lebih lama sebelum mendirikan rumah tangga. masalahnya,berdosa kah saya jika saya meneruskan niat saya ini,niat ingin berkhawin ini bukan kerana nafsu semata,tetapi kerana ingin mengelakkan diri yang tidak berapa kuat iman ini dari terjebak kedalam masalah yang tidak diingini.

tlg bagi pendapat.

Reply

Misz Chinta 19 October 2013 at 9:05 am

pertama sekali tahniah kerana u ingin bercita2 untuk kahwin secepat mungkin kerana ianya amat disukai dalam Islam πŸ™‚

seperti yang kita tahu, lelaki akan menjadi pemimpin dalam sebuah keluarga apabila berkahwin kelak. Lelaki juga akan memberi nafkah untuk keluarga. Ibubapa hanya memikirkan masa hadapan anak tersayang mereka. Ibubapa tidak mahu rumahtangga anak mereka dilanda keretakan kerana masalah utama dalam rumahtangga adalah disebabkan nafkah @ duit. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi.

Tapi tidak semestinya selepas kahwin u tidak boleh belajar kan? u boleh ambil PJJ- pembelajaran jarak jauh disamping u bekerja.

Misz Chinta menyebelahi mana-mana pihak tapi apa yang ibubapa u cakap tu betul dan apa yang u sendiri cakap tu pun betul. Bincanglah dengan keluarga untuk mencari kata sepakat bersama. Yakinkan mereka bahawa anda boleh menguruskan keluarga anda nanti dengan baik. Beritahu mereka apa plan anda selepas kahwin. Insyallah mereka akan menerima dengan hati terbuka πŸ™‚

Pssstt…Sampaikan salam pada si dia πŸ˜€

Reply

ilashah 29 October 2013 at 3:19 pm

asalamualaikum
saya bernikah dengan suami saya tanpa restu dari ibu pihak suami saya.apa yang ada pada mulanya ibu suami tak menerima saya kerana dia mendengar kata-kata orang yang membenci saya dengan dusta dan memfitnah.dan ibu suami saya menpercayainya tanpa usul periksa.pada awalnya saya agak keberatan dengan meneruskan pernikahan ini.tapi dengannya saya solat istiharah minta petujuk dan nasihat dari pihak keluarga saya dan perbanyakkan pertimbangan.akhirnya saya bersetuju bernikah dengannya. sampai sekrang genaplah 3 tahun hidup bersamanya.walaupun banyak hinaan saya terima dengan hati yang tabah saya bahagia disamping suami tercinta.

Pernikahan tanpa restu mesti ada ketabahan dalam segala aspect.mental dan fizikal harus kuat.
salam

Reply

shahinaaz 8 December 2013 at 2:58 pm

waalaikumsalam kak : ilashah.

akak, boleh tak akak kongsi pengalaman akak sepanjang 3 thn,mendirikan rmh tgga,yg akk kata “tanpa restu” dgn sy,ntk sy jdkan tauladan serta latar belakang kes untuk presentation sy di kolej?

Shahin_kitty@yahoo.com.my – ni email sy.klau akk sudi. terima kasih πŸ™‚ klu ada sesiapa yg nak kongsi juga,blh la yer,email sy. terima kasih.

@shahinaazz <– twitter

Reply

zaha 13 January 2016 at 10:39 am

saya kagum dgn akak..

Reply

Kaylin 22 July 2016 at 5:00 pm

Super invarmotife writing; keep it up.

Reply

trabajando.es 14 October 2016 at 8:39 am

it would be bad with the Alienware stock cooling, which I suppose is that crappy self contained liquid cooling H50 lookalike or fan cooling right. The temps in a Alienware are high enough without any liquid cooling.

Reply

kredit darlehen orte privatkredit reise 31 October 2016 at 9:07 pm

I have a good, but not perfect marriage. I know many other couples who are happily married. So marriage works well for many men. From my perspective I would much prefer being married and having an intact family with children to the alternative of going through life as a single male. I have thoughts about how to make marriage work, but they would be far beyond the scope of a blog comment. It appears that Dr. Helen is happily married. Perhaps she could write about what has worked for her.

Reply

Adira S 6 December 2013 at 11:42 am

Salam, kini perkahwinan yang saya jalani adalah perkahwinan tanpa restu ibubapa saya sendiri. Memang betul orang cakap tanpa restu ibubabapa, kita menerima dugaan yang sangat hebat. Dari sini saya belajar erti kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi hidup kalu dibandingkan sebelum ini saya kurang penyabar. Mental dan emosi kena kuat dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan dalam berumah tangga. Saya percaya apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT buat umatnya adalah yang berbaik. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan. Sebagai hamba, doa tawakal dan usaha jangan pernah putus kerana itu adalah kunci bagi segala-galanya. Hidup perlu dijalani dengan hati yang kuat kerana percayalah Allah SWT sentiasa ada untuk kita. Saya berdoa dan berharap agar suatu hari nanti hati suami saya selamanya berpaut dan menyayangi saya. Saya rindukan suami saya dan harap dia tahu akan kewujudan saya.

Reply

Misz Chinta 6 December 2013 at 9:36 pm

kenapa? apa yg terjadi dear?

Reply

shahinaaz 8 December 2013 at 3:04 pm

waalaikumsalam. kak. kalau akk boleh ceritakan sedikit pengalaman akak dlm mengharungi hidup selepas berkahwin, emailkan pada sy di Shahin_kitty@yahoo.com.my harap apa yg akk kongsikan nnt dpt memberi manfaat kpd kwn2 sy yg lain,sbb klu diizinkan sy nak ambil sikit dri apa yg akk ceritakan nnt sbg latar belakang kes ntk kajian atau presentation sy nnt.

Reply

awien 1 January 2014 at 4:58 pm

As salam..sy nk mntak pandangan korang smua,,skrg sy dlm dilema…sy dh kenal dgn si dia selama 9thn..7thn bercinta 2taun bertunang..skrg kami ingin berkahwin ttp ibubapa sy xsetuju dgn alasan dia dh langgar perjanjian krn bertunang lbh dr 2taun…kami bkn sengaja ingin melambat2 kan perkahwinan ttp atas faktor2 kewangan kami terpaksa menunda…skrg bila dh stabil n ingin bernikah ibubapa sy pula yg menghalang…mudah saja mereka mnyuruh sy mmutuskan pertunangan ini..mereka hny mementingkan diri tnpa memikirkan perasaan sy…hny Allah sj yg tau perasaan ini…mcm mn sy nk memujuk ibubapa sy untk menerima kembali tunang sy??kami bercadang akan berkahwin pd bln Mac nnt..

Reply

Misz Chinta 2 January 2014 at 11:34 am

wasalam dear.

Sebelum tu Misz nak tanya ada tak u bagitaw dan terangkan kepada ibubapa u kenapa anda melambatkan perkahwinan sebelum ini? Mungkin kerana itu ibubapa u menganggap si dia tidak serius untuk berkahwin dengan anda.

Insyallah sekiranya anda cuba bagitahu dan explain dengan betul, ibubapa u akan menerima si dia kembali. Mungkin hanya miscommunication sahaja πŸ™‚

Reply

nana 2 January 2014 at 9:20 am

salam akak..sy dalam dilema.2 hari lpas pihak lelaki datang merisik.saya terima tetapi mereka datang berbincang dgn tidak beradab. mula push family saya utk bernikah bulan mac tetapi kami tolak sbb mmg tak sempat.smlm bakal mak mentua saya hntr mesej sruh putuskan hubungan dgn teman lelaki sy dan ckp dia tidak merestui hubungan kami. bakal ibu mentua saya bertindak menuduh yg sy dah mengandung dan erlanjur sdgkan sy jga maruah sy . ini semua terjadi gara-gara dia jumpa resit hotel di bilik teman lelaki saya padahal masa tu teman lelaki saya mmg tido di hotel tetapi bukan dgn saya sebb pada ketika itu saya menghadiri kursus kerja.saya hampir gila asyik fikir tentang ni dan teman lelaki juga. teman lelaki cuba untuk membersihkan nama saya kat ibu mentua. pihak keluarga saya memang boleh menerima teman lelaki saya kerana dia memang baik dan saya bersyukur kerana dia mmg menghormati family saya. tetapi mak saya ada ckp ssh utk dia terima pihak lelaki slepas dihina oleh mereka.apa yang perlu saya lakukan sis??saya buntu.saya dan teman lelaki cuma boleh berdoa kepada Allah swt untuk melembutkan hati bakal ibu mentua saya.itu sahaja jalan yang mampu kami lakukan.saya takut juga untuk kahwin tanpa restu tapi hati saya memang tak boleh berubah untuk lelaki lain.ini cinta pertama saya.teman lelaki saya pun cukup sempurna dimata saya.tolong saya sis..

Reply

Misz Chinta 2 January 2014 at 11:31 am

wslm. Misz simpati dengan apa yg terjadi kepada u.

Sekarang ni, Misz rasa , si dia (teman lelaki) kena betegas dengan ibubapanya tetapi bukanlah sampai kurang ajar. Cuma tegas dengan keterangannya bahawa anda berdua tidak membuat apa-apa. Dan tegaskan bahawa keperluan berkahwin seperti tarikh hendaklah dipersetujui semua pihak bagi memudahkan urusan nanti.

Memang tidak dinafikan bahawa memang susah untuk seseorang yang telah menghina kita. Tapi apa yang Misz lihat disini hanyalah salah faham dan miscommunication antara 2 pihak. Memang tidak patut pihak sebelah sana datang dengan tidak beradab kerana adat lemah lembut dan bersopan santun adalah budaya kita. Tambahan lagi pula, bila kita ingin meminta sesuatu daripada orang.

Banyakkan berbincang dengan si dia untuk mencari jalan penyelesaian. Yang penting sekali masing-masing hendaklah memujuk dan menerangkan dengan betul kepada keluarga masing-masing dan sentisalah berdoa kepada-Nya agar dilembutkan hati ibubapa dan dipermudahkan urusan seperti u lakukan sekarang. Insyallah semuanya selamat πŸ™‚

Reply

nana 2 January 2014 at 11:49 am

tq sis..saya dan teman lelaki berusaha untuk lembutkan hati bakal mentua. saya mula mencari ayat untuk lembutkan hati. sya harap sis pun bleh berdoa untuk jodoh saya dan teman lelaki. terima kasih banyak sis..

Reply

Misz Chinta 2 January 2014 at 12:23 pm

insyallah dear. Misz sentiasa mendoakan kepada semua pembaca Misz. Semoga segalanya dipermudahkan πŸ™‚

Reply

yus 21 January 2014 at 7:21 pm

sy akn tunang mnggu dpn dgn bf sy…sbb sy knal dia dh 5thn…mak bf sy suh mminang sy…sy pn br 2kli brckp mlalui telefon dgn mak bf…sbb sy xpasti spe jdoh sy…sy hnya brdoa pd allah spya dpt lmbutkn hati mak mrtua sy…fmly sy risau sbb kluarga bf sy sruh tunang scpat yg mngkin…lg cpt lg baik…ap yg sy hrus bt sis?

Reply

Misz Chinta 24 January 2014 at 9:53 am

alhamdulillah sekiranya ibu si dia suruh segerakan benda yang baik..ini bermakna ibunya inginkan anda berdua berdua mengerakan perkahwinan dan semestinya ibunya menerima anda seadanya.

Misz faham kadang-kadang ada yang kurang dan tidak bersedia untuk berkahwin. Namun, persiapkanlah diri anda dengan ilmu-ilmu rumahtangga. Pelajari bagaimana untuk melayari rumahtangga dan menjadi seorang isteri yang solehah.

Misz doakan semuanya berjalan lancar πŸ™‚

Reply

cik orkid 24 March 2014 at 1:12 pm

As.salam sya akak berkawen pada bulan 5 dan kedua2 belah keluarga sudah menetap kn tarikh..tetapi skrg keluarga sye suruh sya memutus kn pertunggn inie di sebb kn mulot org dan keslahan tunang sya y dlu…sye menyuruh keluarga sye berbincang dgn pihak lelaki tetapi keluarag sye enggan..berbincang…sye tidak percayay dgn kata- kata org y membuat cerita tersebot..di sebb kn sye mengenali tunang dri zaman persekelohan lagi…ada kah patot sye mendengar kata keluarga y tidak mempunyai bukti cuma mendergar kakta org sahaja…ape y perlu sya laku kn….sejujur nye sya ingin terus kn perkahwinan inie…

Reply

didi 9 July 2014 at 10:05 am

Assalamualaikum,

saya da couple dgn bf saya dlm 10 tahun, tp ibu dia x restu hubungan kami yg disbbkan oleh mslh org lain, dan kami menjadi mangsa pmslahan itu. sekarang ibunya ingin menjodohkannya dengan perempuan lain, tp saya x kuat utk bpisah dengan dia dan dia juga bgtu, dan berkata jika dia x dapt kawin dengan saya dia akan menghilagkan diri. saya sgt buntu dan x sggup bpisah. saya juga x tau cara bgaimana lg utk mndpt restu keluarganya πŸ™

Reply

sepatuh 30 July 2014 at 5:53 pm

Asslamualaikum ..di sini sye nk kongsi bgaimana klau bakal mak mentua tak terime kite seadanya..sdih tahun dpan dah planning nak kahwin..sye dah byk kali minta sebab kesilapan atau kslahan sye mase trserempak ngn bakal mak mentua sye tak slm tgn dia,time jumpe sye panggil tpi makcik tu menoleh tmpat lain mcm mne sye nak slm..sye sedih msa tk leh ubah.bg lh sye pndapat anda.

Reply

hana 11 January 2015 at 11:36 pm

Sy sudah mlaluinya, berkhwin tnpa restu tdk bhgia, ini pgalaman sy, sy tglkn kluarga dan brkhwin dlm dia, akhrnya slps brkhwin sy diseksa dan diperlakukan buruk oleh suami.

Reply

zaha 13 January 2016 at 10:32 am

as salam.. saya dh bertunag.. tapi hati saya beralih arah pd wanita lain.. saya mintak putus kn pertunangan dgn pasangan sya.saya dh bgthu mak ayh saya yg saya tidak mahu teruakn pertunagn.tp mak saya bantah,dan pesan pd saya sekirnya sy khwin dgn calon pilihan saya yg lagi satu ini.. mak saya x redha dn restu.. saya mintk maff bebnyak pd mak saya.saya mintak restu mak utk saya pilih pasgn hidup saya.kerana saya syg dn cinta pd kekasih yg baru ini.. maslah saya,mak ayh saya seperti x restu.ke2 klu syg berkhwin jugk dgn tung saya,tp syg tiada persaan sayg pd nya? ke3 adakah saya akn bhagia sekirnya sy berkhwin dgn pilihn psgn yg baru ni tnpa restu mak saya? bantu saya yg kerisauan ini..

Reply

Fit 6 August 2016 at 3:53 am

Assalamullaikum wr.wb

Seorang wanita hendak ingin menikah dengan laki laki yang baru ia kenal,karena ia sejak kecil tinggal dengan ayahnya. Laki laki tersebut meminta ijin kepada ayahnya,lalu ayahnya merestuinya. Beberapa hari kemudian dengan berbekal alamat laki2 itu menemui ibu pihak wanita untuk meminta restu.akan tetati sesampai disanah ibunya tidak merestuinya di karenakan orang sebrang dan agamanya serlalu teguh. Yang saya ingin tanyakan apakah boleh menikah tanpa restu ibu?

Reply

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta