
Seorang lelaki berdiri di sudut ruang legar ballroom hotel sambil memerhatikan gelagat manusia di hadapannya. Suasana sukaria diiringi muzik jazz perlahan seakan-akan membuai lenggok tari tetamu yang hadir pada majlis malam setiausaha anjuran syarikat tempat lelaki tadi berkerja.
“Hoi, Syahmi! Apa yang kau tercegat di situ? Orang muda, kenalah enjoy sikit kat parti macam ni. Chill!“, sergah Rahman, executive manager yang 22 tahun lebih tua daripada Syahmi Adli, seorang fresh engineer di Gamura Holdings.
“Tak apa lah, bang Man. Saya rasa nak tengok-tengok makanan yang ada kat meja ni dulu. Macam menarik aje, banyak pulak tu. Boleh tapau ke?”, jawab Syahmi Adli seraya menyuap sekeping kek vanilla ke dalam mulutnya. Mengunyah.
“Banyak lah kau tapau. Kalau bos nampak siapa nak jawab? Okey, aku rasa baik ko makan cepat-cepat. Aku nak kenalkan kau dengan budak-budak intern baru di bawah seliaan aku tu, semua perempuan. Comel lotey habaq hang! Kau pun bukannya ada awek lagi kan? Masa ni la nak memancing seekor dua…haha”
“Wow! Apa pasal Abang Man tak bagitahu awal-awal ada ikan baru sini? Kalau tahu, tak la saya macam dungu duk tilik kek lemau ni. Takpe, saya nak minum air jap, lepas ni saya pergi. Kat tepi stage tu kan lubuk ikan tu?”
“Yes. Cepat. Abang Man tunggu kau kat sana. Jangan tak datang pulak.”
“Baik Abang Man! Nanti saya datang.” Syahmi Adli menutup berbualannya dengan Encik Rahman. Pinggan kecil kek vanilla tadi ditinggalkannya di atas meja.
Dia berjalan perlahan menuju pintu keluar ballroom. Sempat dia melihat ke arah pentas dewan itu dengan anak mata sambil menguak daun pintu dan keluar. Syahmi terus ke tangga kecemasan bomba yang terletak bersebelah lif Hotel Astana.
Dilabuhkan punggungnya di anak tangga berlantai jubin itu lalu mengambil keluar sekotak Dunhill light dari kocek dalam suit-nya. Sebatang rokok baharu dikepil antara bibir dan dicucuhnya megah.
“Fuuuuh~”
Anak matanya mengekori layangan kepulan asap halus dari hembusan nafasnya. Sambil fikirannya merawang memikirkan sesuatu. Atau lebih tepat lagi, seseorang.
Seorang gadis molek yang telah mengunci dirinya dalam bilik kebal di suatu sudut di hati Syahmi Adli. Entah siapa yang memberi kebenaran untuk gadis itu terus menetap di situ. Bermaharajalela sekian lama, menyingkir semua pesaing luar yang cuba mengetuk dan menggoda hati Syahmi. Walau puteri kayangan mana turun cuba menghampiri pasti tewas jua, apatah lagi budak-budak intern picisan yang dicanangkan Encik Rahman tadi.
Apa kelayakan kamu untuk berbuat begitu kepada ku? Mengapa terlalu sukar untuk aku melupakannya? Mengapa setiap kebencian yang cuba ku tanamkan bercambah menjadi sayang yang lebih tinggi. Dan paling utama, mengapa aku tak bisa memilikimu? Mengapa bukan aku pilihanmu?
Oh, Hanis Dalila…
Gambar: BriannaStudio
Incoming search terms:
- ayat motivasi cinta
- motivasi cinta
- ayat motivasi
- ayat motivasi putus cinta
- luahan benar kamu mencintai aku
Kami Sedia Membantu Anda!
- Dilanda masalah dalam percintaan dengan si dia?
- Si dia curang dibelakang anda?
- Tiada teman untuk diluahkan masalah anda?
- Kongsikan masalah anda kepada kami disini




{ 2 comments… read them below or add one }
Tak benar kot.
Not sure