Mengapa perasaan ini wujud? (Cinta Orang Ketiga)

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda πŸ™‚

Saya seorang isteri kepada suami yang amat sayangkan saya,taat dan setia. Dan walaupun suami saya bukan sempurna segala-galanya tetapi saya juga amat cintakannya. Rumahtangga saya juga amat bahagia. Namun, setelah saya berpindah ke tempat kerja yang baru entah bagaiman saya amat meminati seorang pegawai muda ini..baik,warak dan pendiam. Entah apa yang dimilikinya membuat saya bagai anak kecil yang baru pertama kali minatkan seseorang. Saya adalah pegawai atasan dalam syarikat tempat saya bekerja dan seringkali saya terpaksa berjumpa dengannya kerana urusan kerja.
Saya amat hairan dengan perasaan saya ini. Cintakah? Atau sekadar minat? Tetapi yang saya sedar ialah saya semakin lama semakin sukakannya. Bila hari-hari cuti am dimana saya tidak ke pejabat, saya rasa amat rindukannya. Selalu saya mengharap agar ada peluang berjumpa atau sekurang-kurangnya melihat wajahnya. Saya amat geram dengan tabiat baru saya ini, kerana bimbang perasaan ini terlalu jelas hingga merosakkan reputasi diri.
Pegawai tersebut juga seolah-olah sukakan saya. Seringkali saya ternampak ekor matanya memerhatikan saya. Walaupun dia bujang dan “eligible bachelor” tetapi nampaknya dia kurang berminat dengan wanita lain di pejabat saya.
Apakah yang saya alami ini perkara biasa? Saya sering menanggis kerana bimbang tidak mampu menahan perasaan ini dan takut curang dengan suami. Selalu saya berdoa agar Allah jangan menduga saya begini. Saya juga amat sedih sekiranya pegawai tersebut mengetahui perasaan saya ini dan menimbulkan masalah di tempat kerja. Saya juga tahu saya akan amat sedih jika akhirnya dia dimiliki orang lain.
Tolonglah saya.
Intan

Jawapan Misz Chinta

Salam Intan,

Sukar untuk mengawal gelodak hati dan perasaan, bukan? Ia datang tanpa kita minta dan akan terus berada di situ meninggalkan bekas.

Walau cinta yang menggunung atau setaat mana pun you kepada suami you, itu tidak dapat menjadi pendinding hati you secara total. Ia tetap akan ada lohong yang terbuka untuk seseorang datang mengetuk.

“Having an affair is nothing like taking a pottery class. No. It would start out like that, and then, um, something would happen. Someone, uh, finds out, or someone falls in love, and it ends disastrously. It always ends disastrously. ” – Unfaithful, 2002

Sebagai wanita berpengalaman, I gembira apabila you sudah boleh membezakan sama ada perasaan you kepada pegawai muda itu adalah cinta atau hanya minat. Dan I nak yakinkan you bahawa ianya cuma sekadar minat semata-mata, bukan cinta. Analogiknya, Ia lebih kurang seperti you meminati seorang selebriti. You mengikuti segala perkembangannya, gunting gambarnya di majalah dan sering berangan akan dia. Tapi you sedar dan akur, bahawa si artis itu tidak mungkin akan menjadi milik you.

I ada cara untuk you membetulkan keadaan ini tanpa perlu you lupuskan kasih sayang you. Anggaplah sahaja pegawai muda itu sebagai adik angkat you yang you sayang sangat-sangat. You boleh berjumpa, berbual, dan berkongsi cerita masing-masing tapi atas dasar kakak-adik sahaja, tidak lebih daripada itu. You sentiasa inginkan yang terbaik untuknya. Andai ditakdirkan dia bertemu perempuan lain kelak, buang perasaan cemburu you dan gembiralah untuknya kerana telah bertemu jodohnya yang sebenar.

Percayalah, jodoh you adalah dengan suami you sekarang, bukan you tentukannya, bukan juga suami you. Ia kerja Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kehadiran pegawai muda itu hanyalah satu cabaran untuk menguji keutuhan mahligai yang you bina bersama suami.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Lawan perasaan itu Cik Intan, lawan. I wish the best for you πŸ™‚

Gambar:Β malias

Google Eat this!

  • orang ketiga
  • orang ke tiga
  • kenapa ada perasaan sayang
  • https://zoncinta com/cinta-orang-ketiga/

11 thoughts on “Mengapa perasaan ini wujud? (Cinta Orang Ketiga)”

  1. Besarnya dugaan.. Tapi bak kata Mak saya, nak kesudahan syurga atau neraka? Indah di dunia tak semestinya indah di sana. Ingatlah yang baik2 tentang pasangan. Insya ALLAH takkan berubah hati πŸ™‚

    Reply
    • Yup betul tu..sentiasalah berdoa kepada Allah dipanjangkan jodoh dan kasih sayang dengan pasangan masing2 πŸ™‚
      Insyallah πŸ™‚

      Reply
    • Pan Am is great! It’s visually appealing, has strong story lines, and that “Jet Age” feel when there was actually a time of hope in America. ABC should give it time to build it’s audience and advertise it to the deimhrapgoc that remembers that era or at least has a knowledge of it. Leave other junk TV to the Justin Beiber/Lady Gaga generation.

      Reply
  2. Pada mulanya saya anggap dia menjadi kakak angkat saya..tetapi lama kelamaan perasaan saya lebih dari itu..tetapi saya pendam perasaan nie..tetapi dia masih sukakan ex lama nye..walaupun ex dia x sukakan dia dah..apa patut saya lakukan ini

    Reply
  3. Assalamualaikum n slmat mlam.. nk tnya pndapat. Kenapa kita boleh ada perasaan sayang kepada seseorang hah ??

    Reply

Leave a Reply to ur wife Cancel reply

yoeeeeeeee