Cinta Facebook- Bila Wujudnya Perasaan Sayang

Post image for Cinta Facebook- Bila Wujudnya Perasaan Sayang

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda :)

Hye,,zoncinta…saya menghadapi satu masalah yg sering menyebabkan saya hilang fokus apabila melakukan sesuatu perkara.Saya telah mengenali seorang lelaki melalui sepupu saya.Walau bagaimanapun, saya dan dia tak pernah berjumpa.Kami hanya berkenalan dalam FB dan seterusnya berhubung melalui telefon dan email.Setelah lama kenal, dia mengajak saya berjumpa dan dah tetapkan masa.Memandangkan kami jauh antara satu sama lain dan sibuk dengan urusan masing2, jadi kami ada masa 2 bulan lagi untuk berjumpa.Selama perkenalan kami, kami memang sering berhubung, jika dia outstation, kami saling berbalas email
sahaja, jika dia onshore..barulah kami berhubung melalui telefon…Apa yang mengelirukan saya sekarang, dia seolah-oleh tidak berminat utk meneruskan perkenalan ini sedangkan kami sdh berjanji untk
bejumpa…saya tak nafikan, saya sudah mula menyukainya walaupun kami tak pernah berjumpa.Tambahan pula dia merupakan salah seorang kawan kepada sepupu saya, itu yang menyebabkan saya berani untuk berkenalan
dengannya.Sekarang saya dapat rasakan bahawa dia endah tak endah sahaja apabila menghubungi saya…saya keliru dengan diri saya sendiri.saya sudah mula menyukai dia, tapi dalam masa yang sama saya mahu melupakan dia…biarlah perkenalan kami setakat ini sahaja..tetapi kadamg2 dia memberikan hint seperti dia jga memberi respon dengan perasaan saya…..saya benar2 keliru…tak tahu apa yang harus saya lakukan…

-SUN SHINE

 

Jawapan Misz Chinta

 

Hye Sun Shine

Sebenarnya untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang yang kita kenal hanya di alam maya bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala proses mengenali hati budi seseorang mengambil masa yang agak lama. Sedangkan orang yang kita jumpa hari-hari pun adakalanya kita tak dapat nak mengenali hati budi dia.

Dalam situasi awak ni yang Misz anggap masih dalam hubungan persahabatan, mungkin dia bersikap endah tak endah sebab dia sendiri belum selesa dengan sebuah perhubungan yang lebih dari seorang sahabat memandangkan korang belum pernah berjumpa.

Beri dia masa untuk lebih mengenali awak dan dalam masa yang sama, awak pun perlukan lebih masa untuk mengenali dia. Mungkin selepas berjumpa nanti, awak dan dia akan lebih saling mengenali dan memahami hati budi masing-masing.

Awak sendiri ada sikap was-was tentang perhubungan ini kan, mungkin dia juga merasakan perasaan yang sama dengan awak sebab itu adakala wujudnya sikap endah tak endah di pihak dia.

So sementara ini, bagi peluang pada diri awak untuk lebih mengenali sikap dan hati budi dia. Kalau awak rasa sesuai nanti then teruskan persahabatan dan perhubungan itu :)

Gambar: Lady-Tori

Google Eat this!

  • cinta alam maya
  • perasaan sayang
  • cinta di alam maya
  • cinta maya
  • cerpen cinta alam maya
  • sahabat alam maya
  • kisah cinta alam maya
  • tanda tanda lelaki jatuh cinta alam maya
  • kenapa sayang sahabat walau tidak pernah berjumpa
  • cerita perasaan cinta terhadap sahabat

Leave a Comment

{ 1 comment… read it below or add one }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta