Kisah Cinta: Cinta Lokasi

Resah, gelisah, tak senang duduk.

Berbaris-baris ayat diketik pada papan kekunci telefon bimbitnya. Sesekali dipadam, dan ditaip semula dengan ayat yang lain. Berkerut dahi Alya merenung tulisannya di skrin telefon itu. Berat untuk jari nya untuk mengirim mesej itu kepada si penerima

Berkali-kali Alya menatap semula mesej pesanan ringkas terakhir daripada Faris,

“I’m blessed to know you, Al. Hope that our precious memories in PLKN will remain forever. Love you, always <3” – Faris

Tapi itu mesej bertarik empat minggu sudah. Begitu tinggi harapan Alya akan janji  Faris. Tiga bulan perkenalan mereka di Kem Segari dan sepanjang tempoh itu lah mereka menjalin asmara, menyulam cinta remaja bersaksiakn Pantai Remis. Walaupun hidup dipagari pagar kawat duri setinggi 3 meter, serta dihimpit jadual dan latihan yang padat oleh pihak kem, mereka masih mampu mengintai peluang untuk bertemu. Tidak hanya terbatas pada hujung minggu semata, riadah petang mahupun berselisih di dewan makan sekali pun pasti amat berharga demi melepas rindu di hati.

Sweet Couple.

Itulah gelaran yang diberi oleh pelatih-pelatih lain di kem. Namun kini, sejak mereka tamat latihan di kem tersebut kira-kira empat minggu lalu

Dan keadaan telah berubah sama sekali.

Mereka berdua seolah-olah terputus hubungan. Termasuk kali ini, sudah lima pucuk SMS dikirim oleh Alya kepada faris, namun satu pun tiada berjawab. Jika ditelefon, suara operator wanita yang sama juga akan didengari.

Alya tarik nafas dalam-dalam. Dia gagahkan jua dirinya untuk mengirim mesej itu kepada Faris demi menyatakan betapa kerinduannya kepada lelaki itu tidak dapat ditampung lagi, betapa dia dahagakan janji-janji manis yang pernah dibicarakan oleh bibir lelaki itu, walaupun Alya tahu, kerinduaannya itu tetap tidak berbalas dan janji hanya tinggal janji.

Alya hanya mengetap bibirnya menahan sebak…

Butang ‘send’ di papan kekunci telefon bimbit ditekannya.

* * *

Definisi Cinta Lokasi

Tentu ramai yang pernah merasai atau sekurang-kurangnya pernah mendengar frasa CINTA LOKASI. Cinta Lokasi ialah sebuah perhubungan yang berkisarkan pada tempat yang khusus dan berlaku dalam satu jangkamasa terhad.

Antara tempat yang menjadi hotspot kepada cinta lokasi yang biasa kita dengar ialah di perkhemahan kelab, kem motivasi, kelas tuisyen, atau tempat kursus. (sepanjang artikel, saya rujuk contoh2-contoh ini sebagai lokasi)

Cinta lokasi juga seringkali disabitkan dengan pelakon atau selebriti, di mana actor atau aktres secara tidak sengaja jatuh cinta setelah penggambaran filem atau show bersama.

Insan marhaein seperti kita jua tidak lepas daripada cinta sebegini.

Penangan Cinta Lokasi

Katakan anda menghadiri kursus kepimpinan sekolah anda selama seminggu di sebuah chalet peranginan. Pesera-peserta kursus pula terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di serata daerah. Di hari pertama, anta berkenalan dengan seorang jejaka tampan dan terpikat kepadanya. Dipendekkan cerita, sepanjang kursus anda selalu lepak atau makan bersama sambil berkongsi cerita masing-masing. Namun cinta yang berputik sepanjang perkenalan itu akan sampai ke pengakhiran jua. Inilah ketikanya saat paling genting bagi kedua-dua pihak sama ada perlu meneruskan perhubungan itu atau membiarkan cinta itu luput dalam kronologi hidup remaja mereka.

Dua muka

Di lokasi, individu seringkali mendiayahkan diri sebagai single. Andaipun sudah ada pasangan, mereka yang hanyut dalam cinta lokasi tidak segan silu mengakui dirinya available. Mereka mengambil peluang di lokasi untuk transformasi diri kepada identity kedua atau alter ego. Mana tidaknya, bagi yang sudah berpunya, setelah terbiasa hidup dalam kokongan pacar, mereka mengambil kesempatan ini untuk menikmati kebebasan dan terjun ke ‘lembah bujang’.

Pasca-Cinta Lokasi

Kesudahan kepada sesebuah cinta lokasi berbeda-beda, bergantung kepada siapa pemain peran dalam cerita tersebut. Jika salah kedua-dua belah pihak itu sudah berpunya, cinta ini akan terus dilupakan langsung tanpa jejak dan masing-masing meneruskan kehidupan dahulu seperti sedia kala semula.

Manakala jika kedua-dua kekasih masih belum berpunya, pertemuan mereka di lokasi ibarat drama citra indah yang dimainkan oleh tok dalang cerita. Hubungan ini berkemungkinan besar akan diteruskan ke episode lain yang lebih serius.

Berlainan pula kesudahannya jika cinta lokasi ini membabitkan si bujang dengan kekasih lokasi yang sebenarnya sudah berpunya. Semoga individu yang terjerumus dalam cinta lokasi sebegini akan tabah dan menerima kenyataan bahawa orang yang dicintainya sepanjang perkenalan itu cumalah fatamorga yang muncul sebagai peneman jiwa untuk seketika sahaja, dan bukannya kasih hakiki.

 

* * *

Sabtu.

Suasana di Jaya Jusco Ipoh seperti kebiasaan, sesak dengan pengunjung. Tak kira tua atau muda masing-masing mahu melepasskan penat lelah selama seminggu bekerja dengan berpelesiran di pusat membeli belah terkemuka itu.

“Jom lah kita pergi makan. I dah lapar ni tau…”, rengek Amalyn kepada teman lelakinya.

“Okey, I nak bawak you pergi Secret Recipe kat sana tu, nak?”, Faris mencadangakn kepada Amalyn lalu mereka berdua berjalan berpimpin tangan ke sebuah restoran makan bersebelahan kedai perkakas computer.

Mereka duduk di sebuah meja kecil di sudut restoran.

“Eh, I nakpergi ladies kejaplah. You order favourite I ya”

“Strawberry Marshmallow Cheese?”

“Yup! You can read me like an open book, my dear”

“Well…”, jawab Faris sambil membuat muka poyo. Amalyn meninggalkan tas tangannya kepada Faris dan berjalan menuju ke tandas restoran.

Usai membuat pesanan di kaunter, Faris duduk sambil membelek-belek  Iphone 3GS miliknya. Dia melayari portal sesawang TGV Cinema untuk mengetahui masih ada lagikah tempat duduk di pawagam yang belum penuh. Seperti muda-mudi yang lain, menonton wayang bersama kekasih pada hujung minggu menjadi rutin wajib.

Sedang asyik menekan-nekan skrin sesentuh telefon pintarnya, Faris di sapa oleh seseorang dari jauh.

“Hey! Hello brader! Lama tak jumpa, tak sangka kat sini pulak boleh jumpa lu bro,” Nasrul – teman satu dorm Faris ketika di Kem Segari dulu. Agak nyaring suaranya hinggakan beberapa pengunjung teralih pandangan kepada Nasrul seketika.

“Wei Nas. Kau ni kalau ya pun rindu kat aku pun, panggil tu slow-slow sikit tak boleh ke?” balas Faris seraya berjabat tangan dengan rakannya itu.

“Haha. Aku excited sangat tengok ko rambut pacak bergaya, dulu botak je kat kem. Sekali tengok kau dari jauh nampak macam Awal Ashaari pun ada. Kau apa khabar?…Eh, ada purse perempuan la pulak. Kau bawak Alya dating ek? Liar jugak ko ni, bro.”

“Mana ada. Aku bawak awek aku la, Lyn.”

“Aik? Bukan ke ko couple ngan Alya eh?”

“Alya? Hah, lama aku tak dengar nama tu. Alah, Si Alya tu setakat peneman aku masa di kem je. Masa kat kem takde awek lain yang cun, dia tu pun cukup-cukup makan jer aku ambik. Aku bercinta ngan dia pun untuk bekalan tiga bulan tu je, pastu dah tamat kem, buang la.”

“Perghhh!! Lu memang romeo, bro. Give me five!”

“Yeah! Hahaha”

-TAMAT-

Gambar: Jesslee Cuizon

Google Eat this!

  • KISAH CINTA ROMANTIK
  • kisa cinta
  • kisah romantik
  • cerita cinta com
  • novel kisah cinta
  • www kisah cinta com
  • kisah cintaku
  • kisah cinta com
  • kisah-kisah cinta
  • novel cerita cinta

7 thoughts on “Kisah Cinta: Cinta Lokasi”

  1. blh tlg wt novel yg lbh romentik x???i love novel romentik…i ad ksh cnte,tp i x tw nk karang novel…ad ssape yg nk tlg karangkn novel brdsrkn ksh cnte i x???
    i prnh brcnte ngn seorg llki..dye adalah rkn seelas i..i still sygkn dye..untill now…tp dye mcm x amek tw lgsg tntg aty n prasaan i..dye couple ngn dak pompan kt kls sblh ngn kls kami..i bnci ngn pompn 2…dye kte ari tu lw i nk amek blik pkwe i 2,amek lah..dye x ksh..tp ttbe i dpt taw yg mreke msh brcnte…bg i,llki tu lah cnte prtme n trakhir…i jatuh cnte pd dye sjak prtme kli kmi brjmpe…kmi brjmp ddlm 1 kls…kmi bljr dlm 1 kls…dlu kmi sslu bljr brsame..ttpi lps dye couple ngn pompan laen,dye wt x endah je pd i..ssh sgt i nk lpekn dye…cnte pndg prtme mmg ssh utk kte lpekn cm tu je….i sggp buat ape je untuk dye…n i tw dye msh sygkn i,tp dye wt cm tu bkn sbb nk sktkn ati i,.mgkn dye cme x nk lalai dlm pljrn…tp i btol2 x dpt nk trime prbuatan dye….
    okey…tlg wtkn novel brksr dgn crite i tu blh x????

    Reply
  2. blh tlg bg pandangan tak ?? mcm ni llaki yg sy couple ni kan tibe2 ajak sy bertunang …tp sy x bersedia lagi ,,,sbb sy nk hbiskan belajar di ting 6dan berazam nk smbung universiti kalau tuhan mengizinkan lah ,sy ad bg jwpan kat dye yg sy x bersedia ,,pastu dye truz amik kputusan jd kawan lebih baek ..sy keliru ..sy sgt sygkan dye walau bru berapa bulan jew bersama ,,sy fikir mgkin dye rase dye dh dewasa dan patut berkahwin ,,umr dye dah msuk 26 tahun ni,,, sy bru jew 19… tu lah sy x bersedia lagi … sy x sgup kehilangan dye … prangai dye berbeza sekali ngn lelaki laen ..ap patut sy buat ??lepaskan dye atau still on ..dye ckp dye nk cri pompuan laen jew ,,,sy tkut sy cmburu …. tlg saya …

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee