Cerpen: Zarra

“Mia,jom makan. Aku dah lapar ni,” tanya Zarra kepadaku.

“Hmmm,macam malas la. Kau pergi la dulu dengan Deena. Aku tunggu kat kelas je,”jawabku.

“Okey, tapi kau jangan sampai tak makan langsung tau. Nanti masuk angin pulak. Aku pergi dulu.”

Mia hanya melihat susuk tubuh Zarra meninggalkannya.Hatinya gembira mempunyai sahabat sebaik Zarra yang mengambil berat akan dirinya.

Mia mengatur langkah ke kelasnya. Sampai sahaja di dalam kelas,Mia terus membuka buku rujukannya.

“Mia,awak kat sini rupanya. Puas cikgu cari,” tegur cikgu Marlia dari pintu belakang kelas.

“Ye, cikgu, ada apa apa yang saya boleh tolong?”

“Ada, cikgu nak awak ganti Zarra dalam pertandingan pidato tu .Boleh tak?”

Mia terdiam. Perasaan serba salah muncul di benaknya.

“Mia, saya tahu awak dengan Zarra berkawan baik tapi……,”

“Tapi kenapa cikgu nak pilih saya. Zarra kan ada,” Mia memintas kata kata cikgu Marlia.

“Sebab Zarra kurang berkeyakinan .Awak tengoklah, dah 2 tahun dia mewakili sekolah kita tapi masih belum menang,” terang cikgu Marlia.

“Mungkin belum rezeki dia cikgu,” Mia masih mempertahankan pendiriannya.

“Mungkin betul apa yang awak cakap. Tapi sekolah tidak mahu menanggung kekalahan berterusan. Kita kena ambil peserta lain yang lebih berbakat.”

“Ok, macam ni, kalau setuju bagitahu. Pertandingan lagi 2 minggu. Ini peluang awak. Pertimbangkanlah ye.”

Cikgu Marlia berlalu pergi meninggalkan Mia yang masih buntu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“Zarra, mari sini sekejap,” panggil cikgu Marlia.

“Ye cikgu. Nak bagitahu pasal pertandingan ke?”

“Bukan. Ni cikgu nak bagitahu awak tak perlu masuk bahagian. Ada orang yang akan mengantikan awak. Saya mintak maaf lambat bagitahu awak.”

“Tapi cikgu kenapa? Bukan saya dah confirm masuk pertandingan ni?” soal Zarra. Dia mahukan penjelasan.

“Maaf, tapi ada orang yang lebih sesuai.”

“Boleh saya tahu siapa dia,” Zarra menahan perasaan.

“Hmm,kawan awk, Mia. Dia tak bagitahu awak ke?”

Zarra terpana. Nama yang disebut oleh cikgu Marlia agak memeranjatkannya. Lantas dia meminta diri untuk beredar.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Zarra mencebik muka apabila melihat Mia masuk ke bilik. Hatinya masih sakit.

“Zarra, kau okey tak ni?”

Mia mahu memegang bahu Zarra tetapi ditepis kasar oleh Zarra. Mia terkedu.

‘Sudah tahukah dia? ‘bisik hatinya.

“Sanggup kau buat aku macam ni. Kau dah tahukan aku dah bersedia untuk pertandingan tu. Kenapa kau potong line aku?” jerit Zarra. Air mata mula bergenang di kelopak matanya.

“Sorry, Zarra. Aku tak sengaja. Aku……”

“Aku apa?!” sergah Zarra.

“Dah lah. Kau tak payah bagi alasan lagi. Selama hari ni aku dah cukup bersabar dengan kau. Mulai hari ni,kita putus kawan. Kau bukan kawan aku lagi.”

Zarra berlalu pergi dengan linangan air mata. Mia terduduk di birai katil. Air mata dikesat.

‘Maafkan aku Zarra.’

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Mia memegang trofi kemenangannya. Dia berjaya menjadi juara pidato peringkat daerah. Dia mahu menghadiahkan trofi tersebut kepada Zarra sempena ulang tahun Zarrra yang ke 16.

“Zarra, ini je yang aku mampu bagi. Aku tak banyak duit macam kau. Aku miskin. Selamat ulang tahun,” Mia menghulurkan trofi tersebut tetapi ditepis oleh Zarra.

“Tak payah. Aku tak harap apa apa dari kau. Aku…”

Kata kata Zarra terhenti. Dia memegang kepalanya yang berdenyut denyut. Mukanya menahan kesakitan.

“Zarra, kau kenapa ni?” Mia mahu memapah tangan Zarra tetapi ditolak.

“Jangan dekat dengan aku, kalau tak aku….”

Zarra rebah sebelum sempat menghabiskan kata katanya.

“Zarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…”

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

sahabatcinta

Mia mengangkat kepalanya. Terasa sakit kerana terlalu lama tidur di birai katil hospital. Dia memandang Zarra. Sejak Zarra menjalankan kemoterapi, dialah yang banyak menghabiskan masanya besama sama Zarra. Walaupun Zarra tidak menyedari kehadirannya ,dia tetap gembira kerana dapat bebakti.

Mia memandang wajah pucat Zarra. Sudah setahun berlalu dan penyakit kanser semakin menular dalam badan Zarra. Dia hanya mampu bertahan unutuk bebarapa bulan lagi. Mia berharap dapat berbual bersama sama Zarra seperti dahulu walaupun hanya sementara.

Mia bangun untuk pergi ke tandas. Sudah agak lama dia menahan kesejukan.

“Mia…”

Langkah Mia terhenti. Suara yang amat dirindui memanggil namanya. Dia menoleh. Dia melihat Zarra sudah menggarkkan tangannya.

“Zarra….”

Mia mengatur langkah laju menuju Zarra. Mereka berdua berpelukan melepaskan rindu.

“Zarra.aku mintak maaf . Aku bersalah..”

“Aku pun sama. Aku terlalu dengkimelihat kelebihan kau. Maafkan aku..”

“Aku dah lama maafkan kau. Biar aku panggil doktor ea,” Mia mahu bangun tetapi tangannya ditarik oleh Zarra.

“Mia, tak payah la panggil. Masa aku dah dekat. Aku nak habiskan masa terakhir aku dengan kau.”

“Tapi Zarra kau kena..”

“Tak payah. Aku nak pergi dah. Terima kasih temankan aku hari hari. Terima kasih.” ujar Zarra.

“Zarra,macam mana kau tahu aku teman kau?Kau kan tak sadar.”soal Mia pelik.

“Aku dengar Mia .Aku dengar suara kau bercerita dekat aku. Aku mendengar melalui sini…”

Lantas dia menarik tangan Mia ke hatinya. Sekali lagi Mia menangis. Tubuh Zara dipeluk rapat oleh Mia.

“Zarra,maafkan aku. Aku…”

Mia mendapati badan Zarra sudah terlentok di bahunya. Badan Zarra digonjang gonjang.

“Zarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………………………..”

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Mia menyimpan kemas barang kenangannya bersama Zarra. Esok dia akan melangsungkan perkahwinan. Segala barang sudah dikemas. Mia memeluk erat sekeping gambar Zarra sebelum menyimpannya ke dalam kotak.

‘Semoga kau tenang di sana.’

Gambar: GERILA

Cerpen ini ditulis oleh FyzaIshak. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.

Google Eat this!

  • cerpen kahwin ganti
  • cerpen pendek
  • cerpen pendek cinta
  • cerpen kahwin dengan cikgu
  • cerpen cinta pendek
  • cerpen kahwin dengan orang miskin
  • cerpen ringkas
  • cerpen gadis miskin
  • cerpen aku tak nak kahwin dengan kau
  • cerpen kahwin dengan gadis miskin

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta