Cerpen: Adrean Adreanelin (Bahagian 3)

Sambungan dari Adrean Adreanelin (Bahagian 2)

“Termenung jauh nampak.” Adrean memeluk pinggang Adreanelin yang semakin sukar dipeluk. Adreanelin terseyum. “Anak ayah buat apa?Jangan tendang perut ibu kuat-kuat.Kesian ibu tau.” Adreanelin mendongak. “Abang tu,jangan peluklah.Dah tak sampai tangan abang tu nak peluk Elin.Sakit perut Elin tau.” Adreanelin menjeling manja.Adrean melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

“Adri,sudahlah mengusik Adreanelin tu.Kesian dia.” Kedua-duanya tersenyum mendengar suara Puan Aisya dari belakang.Puan Aisya memeluk bahu mereka berdua. ”Mak doakan anak mak, Muhammad Adrean Amsyar dan menantu mak, Nur Adreanelin Amysya bahagia dunia akhirat..Amin..” “Amin..”Serentak mereka mengaminkan doa ibu mereka.Puan Aisya tersenyum sambil berlalu masuk ke dalam rumah.

“Abang,Elin nak mohon ampun dan maaf andai Elin pernah lukakan hati abang secara sengaja atau pun tak sengaja.Elin harap abang ampunkan Elin.Mudah-mudahan Allah permudahkan proses Elin bersalin nanti.” Adreanelin mencapai kedua belah tangan suaminya lalu dikucup penuh hormat.Adrean mengusap rambut isterinya. “Abang dah maafkan segala kesalahan Elin pada abang.Elin isteri yang baik,tak pernah sakitkan hati abang.Abang pun berdoa pada Allah mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar.Abang tahu isteri abang kuatkan?” Adreanelin memandang Adrean.Dia menyandarkan kepalanya di dada Adrean.Adreanelin terasa jiwanya kembali tenang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Abang,bangun,bang.Sakit,bang.” Adreanelin menahan sakit yang amat sangat.Dia berusaha mengejutkan Adrean yang sedang tidur nyenyak. “Abang…Sakit..” Adrean terjaga daripada tidur apabila terasa badannya digoncang.Adrean melihat wajah isterinya yang sedang menahan kesakitan.Adrean segera duduk dan menekan suis lampu. “Kenapa ni,sayang?”Adrean memeluk pinggang Aderanelin. “Abang,Elin rasa Elin dah nak bersalin.Perut Elin rasa memulas sangat.Abang tolong panggilkan mak.”

Puan Aisya segera mendapatkan Adreanelin apabila Adrean menemuinya. “Elin sakit sangat ke?” Adreanelin mengangguk. “Adri,tolong papah Elin ke kereta.Kita pergi hospital sekarang.” Jelas riak kegusaran terpancar di wajah Adrean.Dia tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini dan ini merupakan pengalaman pertamanya. “Elin sabar sikit,ya?Sekejap lagi kita sampai.” Puan Aisya cuba menenangkan Adreanelin.

“Tahniah encik.Encik dapat anak perempuan.” Doktor mengucapkan tahniah kepada Adrean.Adrean menadah tangan tanda kesyukuran.Puan Aisya dan Encik Kamil serta Puan Ashila dan Encik Kamal tersenyum gembira.”Mak,ummi,babah,walid.”Adrean bersuara.”Doakan kebahagiaan kami sehingga ke hujung nyawa.” Adrean tiba-tiba sebak kerana terlalu gembira dengan kehadiran seorang cahaya mata dan keluarga yang memahami.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

+Assalamualaikum..Elin dah tidur ke?

Adreanelin membaca mesej yang dihantar oleh suaminya.

-Waalaikumusalam..xtdur lg..knp?abg buat ape?dh slesai krja?

Adreanelin memandang sekilas jam di skrin telefon bimbitnya.

+Bru slesai..abg letih la syg..esok ptg bru hbis kursusnye..Esk kita jumpa..Abg rndu sgt dgn adriana..adriana mcm mana?sihat?

-Amboi..rndu dgn adriana je ke?ibu adriana xrndu?

Mesej terakhir Adreanelin tidak dibalas.Adreanelin beranggapan bahawa suaminya tertidur akibat kepenatan.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Adreanelin tersenyum.”Assalamualaikum?”

“Waalaikumusalam.Abang..”Nada suara Adreanelin begitu teruja.”Sayang buat apa tu?” Adrean menyoal. “Elin baru nak tidur tadi.Kenapa tiba-tiba abang panggil Elin sayang?” “Isteri abang kan?Tak salah kan?” Adreanelin tersenyum sendiri. “Memang tak salah.” “Sayang nak tahu tak?Abang rindu dekat Adriana dan lagi rindu dekat sayang.Abang nak sayang tahu.Abang sayang sangat-sangat dekat sayang.”Sekali lagi bibir Adreanelin menguntum senyuman.”Ok lah sayang,abang nak tidur dulu.I love you.Assalamualaikum.” “I love you too.Waalaikumusalam.”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Telefon bimbit Adreanelin berdering.Skrin telefon bimbitnya memaparkan nama ‘abang’.Tanpa membuang masa,Adreanelin terus menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum,abang..Kenapa awal abang call ni?Abang cakap semalam petang baru habis.” ”Waalaikumusalam.Puan Adreanelin?” Adreanelin terkejut kerana ternyata bukan suara suaminya.”Siapa bercakap?Suami saya di mana?” “Maafkan saya,puan.Saya Shahril rakan kursus suami puan.Saya ingin sampaikan berita kepada puan.Saya harap puan dapat bersabar.” “Kenapa dengan suami saya,encik?” Nada suara Adreanelin mula cemas. “Maafkan saya puan.Suami puan disahkan meninggal dunia akibat lemas.Saya mohon maaf puan.”
“Semasa berada di atas bot,suami puan ada mengadu kepada saya bahawa dia kurang sihat.Sewaktu suami puan sedang menyarung jaket keselamatan sambil berdiri,tiba-tiba bot yang dipandu hilang kawalan dan ketika itu suami puan tercampak ke dalam laut.Kemungkinan suami puan mengalami kekejangan.”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Adreanelin merasakan hidupnya kini sepi tanpa Adrean tetapi dia harus kuat kerana Adrean titipkan Adriana buatnya.Adreanelin akan merenung wajah Adriana setiap kali merindui Adrean.Adreanelin tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan suaminya setiap kali dia solat dan Adreanelin berjanji dia akan menjadi ibu yang terbaik dalam mendidik Adriana.

### Tamat ###

Karya cerpen ini ditulis oleh AinaFauzi. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.

Google Eat this!

  • cerpen online
  • cerpen cinta online
  • cerpen sakit abang
  • Cerpen abang sayang
  • sakit abang
  • cerpen sayang abang
  • cerpen sakit
  • cerpen bersalin
  • cerita cinta sweet
  • abang sayang sakit

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta