andrean

Cerpen: Adrean Adreanelin (Bahagian 1)

+Salam.Knal sy x?

Mesej pertama dibaca.Adreanelin mengerutkan keningnya.Dia cuba untuk meneka siapakah gerangan manusia yang menghantar sms kepadanya.Adreanelin tidak suka untuk melayan orang yang tidak dikenalinya.Baru sahaja dia mahu memadam mesej itu daripada peti simpanan khidmat pesanan ringkasnya,bunyi ‘bip’ kedengaran lagi.

+Tak kan awk xknl sy?Sombong la awk..

Sekali lagi dahi Adreanelin berkerut.Dia dapat merasakan bahawa orang yang mengirim sms kepadanya itu merupakan seorang yang mengenali dirinya.Adreanelin membalas sms tersebut.

-Maaflah mmg sy xknl awk sbb awkxprknlkn dri awk..dan jgn tuduh sy sombong klau xknl sy..

Lagu nyanyian kumpulan Spider kedengaran. ”Siapa pula call ni?” Adreanelin melihat nama di skrin telefon bimbitnya.Tertera nombor telefon pengirim sms sebentar tadi.Dia berkira-kira hendak menjawab panggilan tersebut namun dia membuat keputusan untuk membiarkan sahaja telefonnya berdering.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Lin.Kau datang tak hari Sabtu ni?” Soal Farzana kepada Adreanelin. ”Sabtu ni?” Adreanelin mengerutkan dahinya. ”Kau dah lupa ke?Biar aku ingatkan kau. ” Baru sahaja Farzana ingin menyambung kata-katanya, Adreanelin pantas bersuara, “Reunion tu?Kau pergi ke?” Farzana tersenyum. “Ingat pun.Mestilah pergi.Rugilah kalau kau tak pergi.Lagipun,dah lama kita tak jumpa kawan-kawan kita kan?” Farzana cuba mempengaruhi Adreanelin.

Adreanelin termenung . ‘Aku nak pergi ke tak nak.?Pergi.Tak.Pergi.Tak.Pergi.’ Adreanelin bermonolog sendiri.Telefon bimbit disisinya tiba-tiba memutarkan lagu nyanyian kumpulan Spider menandakan ada panggilan masuk.Nama Farzana tertera di skrin telefon bimbitnya. “Waalaikumusalam.Aku tengah fikirlah ni.Apa faedahnya kalau aku pergi?Memanglah tapi aku malu la.Kau jangan pandai-pandai.Dia dah ada awek dah nak kahwin kot.Ni yang buat aku lagi malas nak pergi.Tengoklah dulu,Aku ada kerja ni.Assalamualaikum?” Adreanelin malas melayan kerenah Farzana yang suka memaksa.

Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.Tanpa melihat nama di skrin, Adreanelin terus menjawab panggilan tersebut kerana dia yakin Farzana yang menghubunginya. “Aku cakap nanti aku fikirkan.Jangan jadi budak-budak boleh tak?Aku tak sedia nak jumpa kawan-kawan lama kita.Bagi aku masa untuk fikirkan,ok?” Senyap. “Zana,kau marah aku ke?Aku bukan nak marah kau tapi aku perlukan masa untuk berfikir.Aku tahu memanglah seronok dapat jumpa kawan-kawan lama tapi aku ada sebab untuk tak pergi.Kau pun faham kan?”Senyap.”Zana.Aku minta maaf.Please.Aku fikirkan nanti ye?”Tuutt..tuuutt.Talian diputuskan. Adreanelin buntu untuk membuat keputusan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Zana.Aku nak jumpa kau sekejap.Tempat biasa.Ok.” Adreanelin menanti Farzana dengan sabar. Adreanelin sedar,dia bersalah kerana bercakap kasar dengan Farzana tempoh hari.Dia ingin memohon maaf. Adreanelin pelik kerana suara Farzana kedengaran ceria semasa dia menghubungi sahabatnya itu. ‘Mungkin dia dah tak marah aku lagi.’ Adreanelin meneka sendiri.

“Termenung,ya?” Terkejut Adreanelin apabila bahunya disentuh perlahan.Farzana duduk di kerusi berhadapan dengan Adreanelin.”Kau tak marah aku?” Farzana mengerutkan dahinya.”Masa bila pula aku marah kau?” “Masa kau call kali kedua hari itu.” Farzana membetulkan duduknya. “Telefon kali kedua?Mana ada.Aku call kau sekali je.Kau mimpi kot,Lin.” Adreanelin pelik. “Habis,siapa yang call aku?” Farzana segera mengambil telefon bimbit Adreanelin. “Ni nombor siapa,Lin?” Adreanelin menepuk dahinya. “Patutlah dia tak bersuara.” Farzana memandang wajah sahabatnya itu. “Cerita dekat aku.”

“Kawan aku ni ada ‘secret admire’ rupanya.” Farzana ketawa. “Aku rasa dia kenal aku.Mungkin kawan sekolah juga kot.Mungkin dia nak tanya pasal reunion ni ke?”Adreanelin menyatakan pandangannya. “Tak kisahlah siapa pun.Aku nak tanya kau pergi ke tak?” Soal Farzana. Adreanelin mengangguk.Farzana tersenyum gembira penuh bermakna.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Adreanelin berat hati untuk pergi ke majlis reunion tetapi dia ingin menjaga hati sahabatnya. Adreanelin teringat akan seseorang. “Elin,lepas habis sekolah kau nak buat apa?” Adreanelin ketawa. “Kau tanya soalan apa ni,Rean?Sambung belajarlah tak kan nak tunggu pinangan orang pula kan?” Adrean tersenyum. “Dah boleh masuk meminang ke?Aku suruh mak aku pinangkan.” Bulat mata Adreanelin memandang Adrean. “Gila.” Adreanelin terus berlalu menyembunyikan senyumannya.

“Lin,Adri suka kat kau.” Laung Faizal kepada Adreanelin.Adrean terus menekup mulut rakannya itu. Adreanelin menghampiri. “Apa dia,Zal?Maaflah,aku tak dengar tadi.” “Tak ada apa-apa,Elin.Dia tanya hari ini ada kelas tambahan tak?” Adrean segera mencelah.”Tak ada.Cikgu Fiza tak sihat.Cikgu balik awal.” Adreanelin memandang wajah Adrean dan Faizal silih berganti. “Kau orang berdua ni kenapa?” Adrean tersenyum malu apabila dia tersedar bahawa dia sedang memeluk Faizal dari belakang sambil tangannya memegang dagu Faizal.Akhirnya berderai ketawa mereka bertiga.

“Lin,yang ni macamana?” Faizal bertanya. Adreanelin membantu Faizal dalam subjek Matematik.Sepasang mata Adrean merenung Faizal. “Tak pe,Elin.Biar aku ajar dia.Zana,kau tanya Elin mana kau tak tahu.” Faizal menyembunyikan senyumannya.Dia sengaja ingin menduga sahabatnya itu.

”Zana,kau panggil Adreanelin dengan Adrean dengan panggilan apa?”Soal Faizal.”Lin dengan Adri.Kenapa?” “Lin,kau panggil Adrean dengan panggilan apa?Soal Faizal lagi. “Rean.” Faizal mula tersenyum.Adrean kehairanan. “Aku,Zana,kawan-kawan kita semua panggil Adreanelin dengan panggilan Lin tapi Adri panggil Elin,kita semua panggil Adrean dengan panggilan Adri tapi Lin panggil Rean,pelik tak?” Adreanelin mncelah. “Apa yang peliknya?Suka hatilah nak panggil apa pun. “Suka hati.”Faizal bersuara lagi.Adrean memandang Adreanelin. Adreanelin memandang Adrean.Mata mereka bertembung.Faizal dan Farzana tersenyum melihat gelagat sahabat mereka itu.

### Bersambung… ###

Gambar: Chloerdi

Karya cerpen ini ditulis oleh AinaFauzi. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.

Google Eat this!

  • ayat motivasi untuk orang putus cinta
  • Cerita cinta yang romantik
  • Cerpen adrean adreanelin (bahagian 1)- zon cinta
  • Cerpen adrean adreanelin bhgn 1
  • cerpen cinta di majlis reunion
  • cerpen kau siapa
  • cerpen marah

Leave a Comment

{ 3 comments… read them below or add one }

SevEleven 11 March 2013 at 2:41 pm

Bahagian 2 tak ada kar???

Reply

Misz Chinta 30 March 2013 at 10:19 pm

baru updte dear..sori lambat..boleh baca disini utk sambungan bahagian 2 –> http://zoncinta.com/cerpen-cinta-bahagian-2/

Reply

Ainna 9 April 2013 at 12:07 am

Thank you…Mask, Zeemax, KB, SM…PS: There are agencies that do inretnet transactions…and I am told that the publishers are planning to start some such thing at least for India. Will keep you in the loop.SR: It will reach Pakistan since they do have a distribution network. Liberty and Paramount, I believe.HP: Right now its availability in the US would depend on the Net route, although if you do end up ordering make sure it is not the wrong book…Amazon has put up some other book with me as the author months ago. The ISBN # of ‘Journey’ is 9788172237554…”Would you allow some comments on the book or a discussion? It sure would be fun to see Pakistan from an Indians perspective….”Once in the public domain it becomes public…do remember this is IM perspective which is hugely different, lots of baggage here…

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta