Cerpen: Bahagia (Bahagian 3)

cerpen bahagia

Cerpen: Bahagia (Bahagian 3)

by Misz Chinta on February 28, 2013

Sambungan dari Bahagia (Bahagian 2)

Sofea menyediakan sarapan pagi untuk suami. Haziq tidak ke sekolah kerana hari Sabtu. Sofea mengejutkan suami dari terus tidur lena untuk bersarapan.

“Abang bangun” ucap Sofea.

“Kenapa? Madu awak mana?”soal Hilmi.

Sofea terkilan. Bangun sahaja dari tidur lena sebut madunya sahaja. Sofea cemburu yang amat.

“Dia ada abang. Bangun lah nanti kita sarapan sama-sama”

Hilmi bangun dan terus bersiap.

Sofea menuju ke dapur telihat kelibat madunya, Sadiah menyediakan air tea panas untuk mereka sekeluarga. Sadiah yang perasan kelibat Sofea memberi senyuman kepadanya.

“Kak, sila duduk. Abang mana?”

“Abang sedang bersiap. Kita tunggu dia.”

Sadiah bersetuju. Mereka menunggu suami kesayangan mereka bersiap.

***

Mereka bersarapan. Hilmi ada hasrat ingin berkata kepada kedua-dua isterinya.

“Abang sebenar ada hasrat.” ucap Hilmi.

“Apa abang?” soal Sadiah.

Sofea hanya memerhati suaminya.

“Abang nak kahwin lagi!” ucap Hilmi senyum gembira.

Sadiah dan Sofea terkejut. Sadiah tersedak semasa minum dan Sofea terbatuk semasa menjamah makanan.

“Kenapa abang? Tak cukup isteri yang ada ini?” soal Sadiah.

“Tak cukup lah. Abang nak kahwin lagi satu.”senyum Hilmi.

“Apa yang cukup abang?” soal Sofea lembut.

Sofea melihat sesama mereka untuk mendapat jawapan dari suami mereka.

“Abang nak tambah seorang lagi biar ramai keluarga kita ini.”

Sadiah mula menangis, sebelum itu ia cuba untuk menahan air mata keguguran depan suaminya. Sofea pula hanya tunduk sahaja. Matanya tidak lagi mengeluar air matanya kerana sudah habis kekeringan.

Sadiah yang tidak dapat menahan kekecewaan. Berlalu meninggal Sofea dan Hilmi di meja makan. Sofea hanya memerhati sahaja. Hilmi pula senyum kegembiraan.

Sofea tahu walaupun suaminya mahu berkahwin lagi tangungjawabnya sebagai suami tidak pernah di abaikan. cuma batin sahaja iaitu jiwa dan perasaan di sahaja suami kurang cemerlang dari segi itu.

Sofea yang masih duduk di situ. Hanya mahu menghabiskan sisa makan. Hilmi mula berkata.

“Boleh sayang?”

Sofea yang mendenar itu. Hanya tunduk sahaja. Tidak berkata-kata.

“Saya tidak kisah.” jawab Sofea.

Hilmi senyum kepuasan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sadiah mengurungkan dirinya di bilik tanda protes terhadap suaminya. Sofea yang menyedarinya mula mendampingi Sadiah.

“Sadiah, tak perlu Sadiah. Sadiah menyeksakan diri sahaja.”ucap Sofea

Sadiah merenung wajah madunya. Sadiah menyandang kepalanya ke bahu Sofea.

“Saya sudah faham, bagaimana kekecewaan kakak menghadapi suami ini. Maafkan saya kak.” ucap Sadiah.

“Tidak mengapa Sadiah. Ia hanya kekecewaan sahaja, bukan benci terhadap kamu.” ucap Sofea.

“Kenapa kak cakap macm itu?”

Sofea merenung Sadiah dengan tajam.

“Abang Hilmi itu kan baik orang. Abang tidak pernah pukul akak dan anak akak. Akak lengkap di bawah jagaannya.” ucap Sofea.

“Tapi ia kecewa kakak kan? Perasaan kak abang Hilmi jaga?” soal Sadiah.

Sofea hanya senyap seribu kata.

“Tidak mengapa. Ia bukan kecewa kak kerana sikap abang mahu kahwin lagi. Itu kecewa kasih sayang kak sahaja. Bukannya kecewa dia menjaga kakak.” ucap Sofea.

### Bersambung… ###

Gambar: r3novatio

Karya cerpen ini ditulis oleh K.A.A. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.

ad image 1 ad image 2 ad image 3 ad image 3

Kami Sedia Membantu Anda!

  • Dilanda masalah dalam percintaan dengan si dia?
  • Si dia curang dibelakang anda?
  • Tiada teman untuk diluahkan masalah anda?
  • Kongsikan masalah anda kepada kami disini
Jadi pembaca kami!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: