Cerpen: Bahagia (Bahagian 2)

Sambungan dari Bahagia (Bahagian 1)

Hilmi pulang ke rumah keluarganya. Hilmi takut isterinya Sofea memarahinya. Berhati-hati Hilmi melangka menuju bilik anak. Tiba-tiba isterinya muncul menyapanya.

“Abang dah balik?”ucap Sofea.

Hilmi terkejut lalu memberhentikan langkahnya.

“Ye ,abang dah balik. Kenapa tak tidur lagi ini.” kata Hilmi

“Saya tunggu abang…”kata Sofea lembut.

Hilmi terharu melihat bini yang menunggu sekian lama untuk diri pulang ke pangkuan keluarganya.

“Kenapa mata Sofea merah ini?Buang kulit bawa ke?” kata Hilmi.

“Tak, saya cuma menangis abang..”ucap Sofea lembut.

“Menangis? Sebab apa menangis? Anak kita sakit ke?” kata Hilmi.

“Tak, saya sedih kenapa abang tinggalkan kami berdua? Apa salah saya abang? ucap Sofea menahan sebak di dada.

Hilmi senyap seribu bahasa ia tahu ini adalah kesalahan kerana membuat isteri kesayangan dia bersedih.

“Hhhhmmm..Abang cuma pergi siam saja.”kata Hilmi bersahaja.

“Untuk apa bang?” kata Sofea inginkan kepastian.

“Nikah satu lagi.” ucap Hilmi bersahaja.

Sofea hampir pengsan apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan mulut suaminya.

“Apa salah saya abang? Kenapa abang kahwin lagi? Saya tak layan abang dengan baik ke?” ucap Sofea yang kelihatan sedih.

“Sofea layan abang OK saja. Tiada masalah. Abang kahwin sebab abang cintai madu awak tu. Itu saja.”

Hati Sofea pedih menahan luka yang berdarah di hati .Ia tidak mampu buat apa-apa. Rumah tangga yang dimana selama 4 tahun ini sudah tiada erti baginya.

Sofea tidak dapat tahan lagi. Air mata yang dia cuba tahan selama menunggu kepulangan suaminya sekali lagi gugur semula kerana kekecewaan yang dilakukan oleh suaminya.

“Dah jangan nak menangis kat sini. Sediakan bilik bawah yang kosong ini. Esok madu awak datang tinggal dengan kita buat selama-lamanya.”ucap Hilmi dengan ketawa.

Sofea terkesima sekali lagi selepas kekecewaan dia belum selesai ditambahkan lagi madunya akan tinggal bersama dengan dia dan anaknya Haziq.

“Kenapa dia perlu tinggal dengan kita? Abang tak boleh buat macam ini.” ucap Sofea menangis.

“Kenapa pula? Ini kan rumah saya suka hati saya lah saya nak buat apa. Bilik pun banyak. Jadi apa salahnya isteri kedua saya tu tinggal bersama. Madu awak juga.” kata Hilmi.

“Tapi…”

“Tapi apa!? Tak perlu awak banyak cakap di sini. Pergi kemaskan bilik kosong tu cepat!” kata Hilmi sedikit meninggikan suaranya.”

Sofea hanya akur sahaja.Dia membuka langkahnya menuju ke bilik kosong yang tidak berpenghuni ini. Rumah banglo tiga tingkat ini mempunyai empat bilik kosong yang tidak dihuni.

Hati Sofea bagaikan dihiris dengan pisau tajam. Sofea tidak berkata-kata apa. Mulut senyap membisu. Terlalu kecewa dengan sikap suaminya.

### Bersambung… ###

Gambar: r3novatio

Karya cerpen ini ditulis oleh K.A.A. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.

Google Eat this!

  • cerpen awak apa salah saya 2
  • cerpen madu
  • cerpen awak apa salah saya part 2
  • cerpen aku isteri kedua
  • cerpen awak apa salah saya
  • cerpen bahagia bahagian 4
  • awak apa salah saya 2
  • cerpen ini anak saya
  • cerpen kahwin madu
  • cerpen menangis

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta