Rimas Dengan Cinta!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam Misz Chinta,
Saya nak berkongsi satu masalah yang saya pendam selama ni..Saya masih cintakan kekasih lama saya yang hampir 6 tahun kami bercinta..Masalah saya sekarang ni adalah,saya telah meminta putus dengan dia kerana ramai kawan-kawan saya meminta agar kami tidak berhubung lagi..Perkara ini berlaku kerana sikap mr F yang jarang hubungi saya dan sering memberi alasan yang dia sibuk dengan study dia..Saya selalu faham dengan kesibukan dia di U..Saya rasa tertekan bila ramai yang racun fikiran saya mengatakan bahawa dia ada perempuan lain..Saya tak pernah bersangka buruk terhadap dia kerana saya percayakan dia dan saya kenal dia macam mana..Selama dia jarang menghubungi saya,saya ada berkawan dengan seorang lelaki yang bernama mr S..Saya mula kenal mr S sewaktu saya kerja part-time..Walaupun mr S seorang pelajar seperti saya dan mr F,dia tidak pernah abaikan saya dan dia sangat prihatin dan terlalu ambil berat tentang diri saya..Dia sentiasa bertanya khabar saya dan risau akan diri saya bila saya keluar rumah..Sikap dia yang selalu ambil berat membuatkan saya mula rasa suka terhadap dirinya..Setelah beberapa bulan saya berkawan dengan mr S,ramai kawan-kawan dan keluarga saya suka dengan sikapnya yang prihatin,hormat orang tua dan peramah..Ramai di antara mereka menyarankan agar saya memberi peluang kepada mr S dan melupakan mr F..Pada mulanya saya enggan menerima mr S kerana cinta saya kepada mr F masih tebal dan saya masih tidak dapat lupakan dia..Setelah beberapa bulan berkawan dengan mr S,saya mula memberi dia peluang dan saya cuba untuk lupakan mr F dalam hati saya..Pada awal percintaan saya dengan mr S,saya rasa bahagia dan gembira,tetapi setelah beberapa bulan bercinta saya mula rasa bosan dengan dia kerana dia terlalu baik dan sering ingin di manja..Saya berasa rimas kerana saya bukan jenis yang suka terlalu manja-manja..Saya cuba untuk terus cintakan mr S sepenuh hati saya tetapi saya tak mampu kerana mr F muncul kembali dalam hidup saya..Kini dia lebih kerap mesej,call dan ajak saya keluar bersama..Saya sering juga keluar dan mesej mr F tanpa pengetahuan mr S..Kadang-kadang saya rasa bersalah tehadap mr S kerana telah curang di belakang dia..Tapi saya juga tak boleh nak tipu diri saya bahawa saya masih sayangkan mr F..Apa yang perlu saya lakukan sekarang??Adakah tindakan saya memilih mr S adalah salah atau saya harus melupakan mr F??terlalu lama saya pendam perkara ni seorang diri..Harap Misz Chinta dapat membantu..
Fara

Jawapan Misz Chinta

 

Wassalam Fara,

Semasa Fara memilih S, alasannya adalah kerana F tidak selalu menghubungi Fara dan terlalu sibuk. Jadi Fara telah minta untuk putuskan hubungan, dan menjalinkan cinta dengan S. Pada awalnya Fara rasa bahagia kerana perhatian begitulah yang Fara cari selama ini. Tapi tiba-tiba F muncul kembali dengan perangai yang baru, dan Fara rasa keliru.

Cuba Fara tanya diri Fara sendiri. Adakah F nampak benar-benar berubah, ataupun Fara dah mula bosan dengan S? Jangan kerana muncul cinta lama yang Fara pernah reject dahulu, Fara ketepikan orang yang sayang pada Fara. Tak elok tu. F mungkin nampak macam dah berubah. Tapi kita tak tahu samada F ni berubah kerana memang dia betul-betul berubah atau sekadar nak Fara balik kepada dia je.

S pula, memang sejak awal berkenalan sampai jadi boyfriend Fara, sama je perhatian yang dia bagi. Kan bagus tu? Bukan ke masa mula-mula Fara pilih S, memang sebab dia caring dengan Fara? Kenapa sekarang tiba-tiba bosan?

Ada baiknya Fara renung kembali keputusan yang Fara dah buat dengan memilih S (yang saya rasa tak silap), dan renung kembali perangai F yang buat Fara beralih cinta dulu. Bukan apa. Kadang-kadang kita lupa kebaikan orang pada kita hanya kerana ikutkan sangat perasaan yang remeh temeh. Kalau F tak muncul balik, mesti Fara pun tak terfikir masih ada perasaan lagi dan sebagainya.

Seeloknya kita pilih orang yang sayang dan ambil berat pasal kita. Bukan orang yang kita terkejar-kejar nak sayang, tapi dia sikitpun tak endahkan perasaan kita. Good luck Fara! 🙂

Gambar: DestinyBlue

Google Eat this!

  • jgn rimas ngn kekasih
  • rimas dengan kekasih yang terlalu prihatin dan ambil berat
  • tiba tiba kekasih ambil berat

Leave a Comment

{ 1 comment… read it below or add one }

Ieyla 18 April 2015 at 1:51 pm

Assalamualaikum , misz cinta , sy ada menyayangi seseorg dr 2thn lps , sejak first time sy kenal dy , hubungan kami hany setakat kwn dan tdk lebih drpd ituu , sy pernah luahkan perasaan sy pada dy sbb bg sy lebih baik sy berterus terang dripada sy pendam . Dy repon , supaya sy x terlalu letak harapan . Tp sy degil sy selalu contact dy n dy ok , kami dh terlalu rapat sampaikan sesetengah tuu kata , mcm couple tp x . Sy sdh bnyk kali malu sbb dy , jatuh sbb dy tapi sy bangkit sbb dy . Sampaikan dua tiga hari lps , sy text dgn dy dan melarat sampai isu kahwin . Hal nya sbb sy bgtau dy , yg sy tkut dy berubah bila pegi universiti nanti tp dy kata hanya berubah jadi matangg dan dy pegi utk belaja , dy kata cuba jgn anggap dy mcm yg sy rasa .. Dy kata da bnyk kali dy beritahu sy , jgn terlalu sygkan dia tp sy degill , sy tersentuh dgn kata ii tu dan sampai skrg no contact . Misz cinta , tolong

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta