Hati Ini sangat Merindui Si Dia

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Hi, nama saya Azizi. Saya kini dalam dilema. Saya sekarang sedang bercinta dengan H sudah hampir setahun. Saya pernah bercinta dengan bekas kekasih saya N selama 4 tahun sebelum H. Saya memutuskan hubungan dengan N kerana kerana si H tapi saya tidak pernah melupakan N dan masih menyayanginya. Kini H mengawal segala pergerakan saya termasuk facebook dan email. Saya tidak sangat selesa. Saya tidak langsung mengawal kehidupan H. Sekarang saya tidak lagi dapat menerima perlakuan H terhadap saya dan mula merindui N. Saya ada cuba menghubungi N untuk berkongsi masalah namun N tidak menghiraukan langsung terhadap saya. Saya sangat sedih, orang yang saya pernah sayang selama 4 tahun terus tidak mengenali saya. Saya mula sedar yang N sangat menyayangi saya ketika saya hendak memutuskan hubungan dengannya. Dan saya juga mula dapat rasa yang saya sangat menyayangi N. Sakitnya hati ini kerana tidak mendapat jawapan dari N ketika saya cuba menghubunginya. Kini saya mendapat tahu N sudah mempunyai lelaki lain. Sekurang-kurangnya N patut mendengar masalah saya kerana dia pernah menyayangi saya. H sudah tahu tentang keadaan saya yang merindui N dan H dengan rela mahu melepaskan saya dan cuba menyatukan saya dengan N. Dalam pikiran saya H lagi berjiwa murni kerana dia mengaku akan kesalah dia terhadap saya dan mahu melepaskan saya untuk melihat saya hidup bahagia. Namun N dengan ego menyatakan dia sudah tidak mengenali saya dan tidak mahu tahu masalah saya. Sangat sedih mendengar jawapan dari N. Hati saya sangat merindui N, merindui segala kelembutannya terhadap saya. Harap ZONCINTA dapat memberi pendapat.
Azizi

Jawapan Misz Chinta

 

Assalamualaikum Azizi,

Ketika Azizi memutuskan hubungan dengan N kerana H, Azizi telah menyakitkan hati seorang wanita yang tulus mencintai Azizi. Sekiranya Azizi berkata Azizi tidak pernah berhenti mencintai N walaupun bersama H, maka Azizi telah berlaku kejam terhadap 2 wanita, kerana N ditinggalkan dengan cinta yang mendalam, manakala H pula, Azizi bersamanya, tapi hati pada wanita lain.

Apakah makna sebuah hubungan pada Azizi? Adakah hanya untuk bersuka-suka? Perasaan cinta merupakan anugerah daripada Allah untuk insan istimewa yang terpilih. Bukan senang untuk mendapatkan cinta daripada seseorang; tapi ada dua wanita yang mencintai Azizi, dan satu telah dipersiakan.

Mengapa harus mengulangi kesilapan lama dan mensia-siakan peluang kedua yang Allah beri bersama H?

Mungkin H ada kelemahannya sendiri. Tiada yang sempurna di dunia ini, Azizi. Namun Misz pasti ada kelebihan H yang menarik hati Azizi untuk meninggalkan N, untuk bersamanya. Ingat baik-baik perkara itu, dan muhasabahlah.

Azizi tidak boleh, dan tidak berhak menghakimi cara N melayan panggilan Azizi kerana perasaannya sudah tercalar. Sedikit sebanyak, lukanya pasti ada. Setahun adalah tempoh yang singkat. N pastinya masih mengubat luka, dan telah menemui kebahagiaan baru dengan kekasihnya sekarang. Tindakannya tidak mempedulikan Azizi adalah betul kerana itu adalah cara dia menghormati hubungannya.

Maka Azizi juga perlu begitu. Hormatilah hubungannya, dan hubungan Azizi sendiri dengan H. Tidakkah pernah Azizi terfikir mungkin sikap H yang agak menyekat kebebasan Azizi adalah kerana nalurinya yang dapat merasakan Azizi sebenarnya mencintai orang lain?

Wanita memang cemburu semulajadi. Sentiasa ingin jadi yang satu dicintai lelaki yang dipujanya. Sekiranya dia tidak mempercayai Azizi, maka Azizi perlu meyakinkannya. Sebagai lelaki, Azizi lah pemimpin hubungan ini.

Lupakan N. Peluang untuk bersamanya telah dibawa pergi dengan kecurangan lalu. Binalah hubungan baru yang lebih baik dan sihat dengan H yang nyata amat mencintaimu 🙂

Gambar: LietingaDiena

Google Eat this!

  • tanda si dia merindui kita
  • Merindui
  • adakah dia merindui kita

5 thoughts on “Hati Ini sangat Merindui Si Dia”

  1. dlu sya da pkwe.dia sma umr dgn sya.dia sbnrnya kwn sya sndri.sya pn xtau mcm mna sya bleh jtuh cnta kat dia.satu hri tu sya trfkir nk txt dia.mula2 nya sya fkir nk maen2 tp rupa2nya dia srius.Dia xpnh pn ckap dia syg kat sya,dia xpnh pn tnjuk yg dia syg kat sya.Tp dia sllu ckp awkk tnggu lh sya akn tnjuk kat awk btpa sya mnyygi awk wlaupn awk x pnh tau.So what sya sllu cmbru bla dia dgn prmpuan lain @ kwn dia sndri ke sya ttap cmbru.Sya pn xtau mcm mna sya bleh cmbru smpai thap nk dndm dgn prmpuan yg kluar dgn dia tuu..kiat couple 2 bln je.. da stu hri tuu kwn sya sorg ckp awk x cmbru kh pkwe awk dgn kwn dia siap2 aturkn necktie lg .tag nma dia lg ,brmula dri situ sya dh mula nk lpskn dia.wlaupn pda hkikatnya sya x snggup dia dmiliki olh org len.sbb sya tau sya akn trluka.sya pksa2 dia dia ttap xnk ckap ptus,dia cuma ckp kiat ikut hluan kita sndri n psanan trakhir awk jgn trlalu awl brkhwin nnti klau awk dh lpskn sya mcm ni.dia ckp sya mnta maaf sbb sya xdpt bhgiakn awk slma sya jd pkwe awk..dia nk bwa sya kwn dgn dia tp sya ttap xbleh sbb sya tkut syok3 kwn dgn dia lg sya jtuh cnta kli ke 2 pulak,,so skrg ni kita xpnh brtgur spa pn.tp sya tau yg dia msih da prasaan trhdap sya sbb dia sllu tnung sya tme sya mkn dan dia msih smpn smua gmbr2 sya..sya tk tau mcm mna nk brckp dgn dia mcm dlu lg..klau sya trsrempk dgn dia psti mlut sya trkunci..sbb sya bru sdar sya slps smnggu sya sya lpskn dia sya,sbnrnya sya sygkn dia sngt2..

    Reply
  2. saya nk tnya . npew klaw sye msk kelas tentu sya akan tngk dy walau pun x lama, jikalau saya melihat dy ngn prmpuan lain tntu .. di dlm hati niyh dh membara… tetapi itu salah sya jgk npew x ckp je yg sya ska kt dya,, soalan sya mcm mna sya nk kasi tahu yang saya cinta dy..???

    Reply
  3. salam..saya, nk tnya, kenapa hati saya sangat merindui seseorang tapi saya ini x tau merindui sesiapa…apa makna dia..adakah saya mempunyai hati tg x normal…ataupn hati saya sngt kesunyian..bleh tlong x…bagi pendapat skit…

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee