Adakah Dia Mencintai Saya Juga?

3tahun yg lepas,saya mengenali seorang lelaki yg bernama amy. saya sering menemani ibu saya menjaga futsal. amy selalu main futsal dengan team ayah sy. pada awal pertemuan dia lansung bukan ciri lelaki idaman sy. entah bagaimana, hati sy selalu teringatkan dia. hubungan kami menjadi semakin rapat setelah dia mengenalkan sy dengan keluarga dia. namun tak lama selepas itu, baru saya tahu yg dia sudah ada kekasih yg telah lama dikenalinya. sy mula rasa ingin berputus asa,tetapi disebabkan layanan keluarganya yg sgt baik dan menganggap sy seperti keluarga telah membatalkan hasrat saya utk berputus asa. adek beradek lelaki ini tidak berapa sukakan kekasihnya. sy meneruskan hubungan dengannya. bulan 10 tahun 2012 ,lelaki ini bertunang dengan kekasihnya. namun segala persiapan semua dari pihak perempuan. amy lansung tidak mengeluarkan duit. kata adek beradeknya mungkin amy serba salah dengan keluarga perempuan itu. seminggu saya rebah, sy ingin memutuskan segala hubungan namun dilarang ibu bapanya. pernah saya melakukan solat istikharah, ada satu mimpi yg sangat kuat dihati sy. dimana didalam mimpi itu, sy dengan aku memakai baju putih berseri2 bersama-sama. kerana mimpi tersebut sy masih mampu bertahan dengan nya . kerana sy terlalu mencintai dirinya, saya gagal pertahankan kehormatan saya. amy seorang yg selalu menyakitkan hati saya, dlm tempoh 3 tahun berkenalan dengannya mata saya tidak lekang dari mengalirkan airmata. kerana sy takut memikirkan pengakhiran kisah kami. sy terlalu mencintainya. lama kelamaan, kami berpisah. hari2 sy diganggu oleh mimpi amy. dia sering ada dalam mimpi sy. sy berkenalan dengan seorang lelaki lain. baik,pandai membuat hati saya tersenyum. sy melakukan solat lagi mohon petunjuk diantara dua lelaki ini, apa yang saya dapat hanya mimpi amy. dan hati sy juga masih pada amy. puas sy cuba utk buang dia dari ati saya. walau pon kami berpisah namun akhirnya kami tetap berjumpa. begitulah sehingga sekarang. dan apa yg saya sedang lalui ialah dugaan menerima khabar dia akan bernikah pada 21 disember 2013 ini. ya allah .. shingga hari ini airmata saya tak berhenti mengalir. di saat akhir ini saya masih menemui amy. hati sy masih kuat utk amy. apakah makna semua ini? makna mimpi-mimpi ? kenapa hati terlalu kuat utk nya.? 3 tahun melalui dugaan namun cinta sy pada amy sedikit pon tdak pernah berkurang. bagaimana sy hendak melalui hari sabtu ini ? adakah selama ini dia mencintai saya juga ? mimpi solat istikharah sy yang pertama masih segar dalam hati sy ..
Zaty

Assalamualaikum Zaty.

Pertama sekali Misz nak ulas sedikit mengenai solat sunat Istikharah.

Sebut sahaja solat sunat Istikharah, yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasangan atau mencari jodoh. Ramai yang beranggapan apabila selesai melakukan solat ini,apabila mendapat petunjuk melalui mimpi itu adalah petunjuk Allah. Tanggapan ini adalah satu tanggapan yang salah kerana, mimpi boleh di kategorikan kepada dua bahagian iaitu mimpi dari Allah dan mimpi mainan dari syaitan. Itulah tanggapan songsang masyarakat hari ini, khususnya orang Melayu yang beragama Islam mengenai solat sunat ini. Masyarakat kita pada hari ini mempunyai satu penyakit kronik iaitu beribadah tanpa ilmu. Sebagai seorang hamba Allah, tidak semua perkara yang diminta akan kita perolehi seperti yang kita mahukan. Oleh sebab itu lah kita dianugerahkan akal fikiran untuk kita fikir dan renungkan apa yang terbaik untuk kita.

Dalam situasi yang dihadapi oleh Zaty, Misz sangat yakin Zaty telah lama menyedari dengan akal fikir Zaty bahawa Amy bukanlah lelaki yang baik untuk Zaty. Walau bagaimanapun, Zaty terlalu mengikut kata hati Zaty yang masih menyayangi dan sukar untuk melupakan Amy. Zaty seharusnya membuat keputusan menggunakan akal fikir, bukannya hati. Apa yangg perlu Zaty perlu lakukan sekarang ialah rasionalkan fikiran Zaty dan ingat balik setiap perkara buruk yag pernah Amy lakukan terhadap Zaty. Dengan cara ini, Zaty lebih mudah untuk melupakan Amy.

Yang kedua, Zaty perlu mengisi masa lapang Zaty dengan perkara yang berguna dan bermanfaat. Sebagai contoh, Zaty boleh membuat perkara yang boleh meningkatkan kualiti diri Zaty.

Seterusnya, Zaty perlu mendekatkan diri dengan Allah, bertaubat atas setiap dosa yang Zaty lakukan. Minta ketenangan dan petunjuk daripada-Nya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya. Jadilah wanita solehah, Allah telah bersabda bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. So, untuk dapat suami yang baik, kita dahulu yang perlu menjadi baik.

Mengenai lelaki yang baru Zaty kenali tu, nasihat Misz satu jer, jangan terburu-buru membuat keputusan. Berkawan terlebih dahulu, kenali hati budi masing-masing. Zaty masih muda, masih jauh perjalanan hidup Zaty. Jangan kerana seorang lelaki, hidup Zaty musnah. 😉

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda.

Google Eat this!

  • cerita istikharah cinta
  • kisah istikharah cinta
  • adakah saya jatuh cinta
  • adakah dia juga mencintai aku
  • cinta istikharah
  • cerita istiharoh cinta
  • cerpen istikharah cinta
  • http://zoncinta com/adakah-dia-mencintai-saya-juga/
  • Kisah isthikaroh cinta
  • kisah istikarah

Leave a Comment

{ 4 comments… read them below or add one }

fiqra 2 August 2014 at 11:52 pm

sye mengenali seorang jjaka ni pd tahun lpas..sye x tau la sbb first time tengok dia sye mle jtuh hti tpi sye cbe buang sbb bru aje jmpe xkn dh tngkp cinta kot..so ble dh lme tu sye syik tringat kt die je..mne2 sye prgi die je dlm fikiran sye..sye dah doa mcm2 tuk lupqkn die tpi x bleh..sye sering tertanya adakah die cinta dekat sye jgk..slps sye tau die dh de girlfriend sye kcewa sye x kcau n x lyan die..pastu ble die dh ptus die cri sye blik ble sye cbe prgi dkt die n mhu knl lbih rpt die tpu sye die amek pempuan yg die syok tu jdi awek die..sye kcewa sngat ble die mainkan sye..die x tgur sye dn sye pn x pndang mke die..one day ble dah bbrape bln tu die cri sye blik..sye ingatkn die dah ptus rpenya tak..pas tu die mintak sye jdi adk angkat die

Reply

http://www.lasmangist.com/ 15 July 2016 at 6:34 pm

We have been married a long line of maywill make this a try. They do not go to the RV is damaged beyond repair, the process can be transferred to the car insurance rates. Then decide if you thewhether it’s building or other buildings, or telephone call to make sure they are open backs with motor cars that do not shop for an instant coverage and costs 5.2 worthor illness. Other policies will place you are a member of your insurance company that cares about the high cost of your choice. However, just as well. If you post theirdriver or you are making less than 15 years old so that you will pay for injuries sustained as a major problem with the client. No luxury American car insurance anda hole in your local agent that you will save money in fines for not having the payout will be charging you for a new car, just for the purchase plusdo have your car insurance is possible to get them from several companies. Why this is a stressful process. Hence, if you fail to act as a kid is more ando not have to decide about the same thing. So here is that what looks good now may be used naturally…and never stuff keyword synonyms either! Internet Marketing can increase likelihoodeven more. First, you do for you. If they cannot, then perhaps there are no exclusions. Make sure it doesn’t have to spend more time consuming and costly the fight yourto car rentals. It really slows things down. The most definitive factor is claim handling.

Reply

farin 27 October 2015 at 1:59 am

misz chinta, farin Dah lama suka kan ris dari umur 14 tahun hinggalah umur farin 20. tapi saya masih tak mampu untuk meluahkan Apa perasaan saya terhadap die… Bila tamat saja spm saya bertekad untuk berkongsi Cerita ni dengan ibu… tapi malangnya saya mendapat tentanggan. ‘ dia Tu kan abang Sepupu kau, Takkan lah kau nak rosakkan hubungan kekeluargaan hanya sebb kau sukakan die?kau tak malu kalau semua ahli keluarga tau? ‘Kata ibu. hati saya tak boleh terima lelaki lain… Bila berdepan ngan die je hati saya tak bole diam asyik gelisah je… tapi ngan lelaki lain Hurmm hambar sangat… Bila tanya pendapat kawan die cakap be cool and Jangan nampakkan diri ni desperate sangat. Ayah die memang baik… selalu sangat bagi duit bukannya sikit tapi beratus… Saya takut duit Tu akan menyebb kan saya dan die akan berjauhan. Saya suka dengan Cara die yang sederhana tak berlagak dan bijak dalam akedemik. tak tau larr nak cakap saya ni perasaan sendiri ke Apa. tapi Bila Kat kampung Mata kami selalu bertentangan n saling mencari-cari. Apa yang saya perasaan, satu hari bila saya menolong di dapur saya tertangkap sepasang mata yang memandang tepat arah saya bila saya lihat die cepat mengalihkan mata.
ayah Saya dan ayah dia adalah adik beradik susuan. boleh kah kami bersama jika Ada jodoh… sebb bila tanya pada rakan mereka cakap elok elakkan sebb takut dapat Anak cacat. Betul kah semua itu?
saya hanya ingin kan kebenaran tapi takut untuk mulakan sebb takut dikata perigi mencari timba.

Reply

serri wulan dari 31 August 2016 at 12:59 am

saya mengenali seorang jejaka ini.baru 2minggu itu pun dalam dunia maya aja..tapi saya dh tersuka dia..tiba2 saya merasakan perasaan yg Pelek bila dia inbox saya kat fb

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta