22 Tanda Pasangan Curang


22 Tanda Pasangan Curang

1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.

 

2. Memberi alasan

adsv

Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.

 

3. Mengelak pandangan mata

Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

 

 4. Selalu dengan telefon bimbitnya

Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

 

5. Gelisah tidak tentu pasal

Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

 

6. Menolak

Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

 

7. Membesarkan masalah kecil 

Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

 

8. Kurang melafazkan kata-kata cinta

Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

 

9. Tersasul menyebut nama panggilan lain

Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

 

10. Tidak menghargai pemberian anda

Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

 

11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh

Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

 

12. Menjawab panggilan secara berbisik

Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.

 

13. Mencari kesalahan anda

Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

 

14. Tidak mesra semasa bertemu

Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.

 

15. Cepat marah

Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.

 

16. Tidak mengendahkan rajuk anda

Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.

 

17. Tidak menghubungi anda

Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

 

18. Berahsia / Menipu

Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.

 

19. Hadiah secara tiba-tiba

Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.

 

20. Menghilangkan diri

Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.

 

21. Kawan baik anda menunjukkan hint

Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.

 

22. Naluri anda

Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

 

 

Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.

Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.

 

Jadi pembaca kami!

Incoming search terms:

Kami Sedia Membantu Anda!

  • Dilanda masalah dalam percintaan dengan si dia?
  • Si dia curang dibelakang anda?
  • Tiada teman untuk diluahkan masalah anda?
  • Kongsikan masalah anda kepada kami disini

{ 25 comments… read them below or add one }

the sun daily November 29, 2011 at 6:29 pm

tips pasangn curang yg diberi mmg ade betulnye…

Reply

Kahwin February 2, 2012 at 2:26 am

Artikel yg bagus. Sy share kat blog http://www.PakarCinta.com yea. Thanks admin! :)

Reply

Misz Chinta February 3, 2012 at 2:01 am

terima kasih kerana sudi berkongsi..jangan lupa kreditkan kpd kami :)

Reply

art March 13, 2012 at 10:05 am

erm..perhaps not all reasn abve r true.this is 4 our gf/bf kn?..not spcfd 4 men only ryte?

Reply

Elie March 16, 2012 at 6:29 pm

yup..ia adalah petanda utk bf/gf…kalo utk suami/isteri die laen sedikit :)

not only for men…for women too :)

Reply

aimi April 19, 2012 at 1:55 pm

erm mmg sah la dah terbukti lagi tu…

Reply

Elie April 22, 2012 at 11:24 am

uiks..ape dah jadi tu aimi?

Reply

aimi April 22, 2012 at 12:39 pm

erm entah lah elie….saya pindah melaka dok ngn family….tiba2 dalam masa dekat setahun jugak…mula2 dier ok. makin lama makin juah rasa so saya decide carik kejer semula dekat2 ngn dier…then dah dapat ingat dia happy last2 saya bagitau dier then dier soh saya balik semula dok ngn family rupernyer dier dah ader penganti saya..sangat sedih kan…

Reply

Elie April 27, 2012 at 5:39 am

sabarlah..sesungguhnye jodoh itu tiada siapa yg tahu tapi ianya telah tersedia utk semua org :)

Reply

Wyda wahab May 2, 2012 at 12:23 am

Ade tanda2 yg betol..50%-50%

Reply

Elie May 6, 2012 at 2:05 pm

Sentiasalah berwaspada..Pastikan u selidik dan bertanya kepada si dia betul2..jangan ambil keputusan melulu

Reply

Yuyunne Omey May 31, 2012 at 9:13 am

yupp !agree sgt tips pasangan yg curang ni…huh~~

Reply

Nurul June 11, 2012 at 1:19 pm

i faced it!!!i won!!!i got married!!!then i realized that i lost “it” when he did THAT to me…i ask myself why did i choose to marry him…then the words came… it was unplanned REVENGES. unwanted vengeance. Whatever he said or do, it is all empty.

Reply

haliqa nur July 2, 2012 at 9:53 am

ermmm…

Reply

nur mukminah September 13, 2012 at 1:07 pm

ALLAH MAHA MENGETAHUI..
walaupun kite cube setia dgn ssowg..tpi d’belakang kite dye wat p’kare yg kononnye kite x taw.. jika ALLAH nk tunjukkn p’kare yg sbnr nye.. xmungkin smua dpt b’dalih lg.. terime dgn redha n b’fikirn positif..mungkin ALLAH sdg m’guji kite..walaupun ssowg tu x b’terus trg p’kare sbnr nye.. jgn lah m’nangis hanye kerana ssowg lelaki yg blum sah m’jdi milik kite.. mohon lah pd ALLAH d’berikan kekuatan utk tempuh setiap ujianNYA..

Reply

razakmerjuki December 24, 2012 at 4:42 am

Memang betul tanda2 ni dgn awek aku… Aku nampak bnyk persaan dgn tanda2 22 ni…

Reply

kudin December 28, 2012 at 11:24 am

xbrape btol sgt….. ader yg betul…tp xbanyak… jika aku tgk dri aku… aku memg sibuk…xsempat nak melayan awek aku… celcom pon banyak problem… kadang2 mals nak gayut selalu…bosan…. mula2 couple boleyla…dah lama semua orang pun bosan gayut lama2… macam hadiah lak… aku selalu bagi walau bkn besday dia.. sebab aku slalu out station..jd kalo pegi sabah,, aku beli hadiah dari sabah…

SEBENARNYA YANG PALING PENTING ADALAH :

kita kene percaya pasangan kita …. syak wasangkan tu hanya akan memecahbelahkan hubungan cinta kita dengan pasangan…. cemburu memg tanda syg,, tp jgn over,,,,

ok chow… renungkan lah ape yg aku cakap ni

Reply

Teruna Teruja December 29, 2012 at 11:49 am

Encik Kudin,

Benar. Banyak hubungan yg putus disebabkan syakwasangka yg keterlaluan. Sebab itu kami tekankan pendekatan secara berhemah (baca perenggan akhir) sebelum terus menuding jari :)

“Raikan Cinta”

Reply

suhaida January 18, 2013 at 9:02 pm

btol tu….aku sokong sratus pratus …laki smua x bleh pcya…smua kasanova….pantang nmpk pompuan dhi licin….Knape smua llaki cam tu…kalau sume llaki cam tu tak kawin lah aku..ohhhhh nooooooo….>_<……….

Reply

suhaida January 18, 2013 at 9:10 pm

jdi kpada smua pompuan di luar sna…berhati-htilah kalau bercnta…cnta mmbuatkan kta buta..kta kne bersrah smuanya pda takdir…manusia yang merancang,allah yang menentukan…skarang ni pown tangah crik tman llaki..tkot terslah plih aku jgak yang mrana..btowl x?tpi sjak kbelakangan ni ade sorang llaki ni asyik ikut je mna aku pgi..Slalu usha aku…Klau aku jmpa dia dia msti kenyit mta kat aku…nak kta dia skit mta tak plak..

Reply

Misz Chinta January 30, 2013 at 4:49 pm

wahh nampaknye u ade secret admire nie..hehe

Reply

Misz Chinta January 30, 2013 at 4:49 pm

dahi licin?? macamana tu dear?

Reply

syg nina March 20, 2013 at 3:40 pm

saya syg sngt999999999 kekasih saya tapi dia slalu marah2 sya..majok ngan saya…padahal saya x curang pun ha…kdng2 syaa ngis ja swong2….sya pendam ja…wlaupun kdng2 dia ad wat benda yg wat sya sdey tp sya ttp pendamkn ja…ntah la…saya un x tau knapa dia suka sngt merajuk ngan saya sdgkn sya x pndng pun prmpuan lain ataupun nk mnjauhkn diri dari dia…tuan doktor lh bg pndpt tak cm mna nk eratkn hbgan saya dgn dia nexh????

Reply

Angeltheprincess April 21, 2013 at 10:24 am

Rupanya orang tu Ada secret admire… Tak cukup ke?

Reply

rabiatuladawiyah June 10, 2013 at 11:36 am

segalanya dah ditentukan oleh allah swt , apa yang berlaku itu ada hikmahnya . saya pernah alami segalanya dan saya anggap itu adalah satu ujian dan pengalaman untuk menjadikan saya seorang yang lebih matured , berkeyakinan dan kuat , saya yakin semua wanita mampu lakukan seperti itu dan mungkin juga ada lagi yang terbaik yang dapat kita miliki pada suatu hari nanti :’)

Reply

Leave a Comment