10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia (Bahagian 2)

Post image for 10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia (Bahagian 2)

Idea Romantis #1

Setiap orang pasti melalui ‘bad days’ mereka. Ketika waktu sebegini, dorongan dan sokongan daripada orang tersayang sangat diharapkan. Hantar sekotak hadiah atau sejambak bunga ringkas beserta nota semangat kepada agar hari esok lebih gemilang. Si dia pasti terharu.

 

Idea Romantis #2

Pasangan anda melanjutkan pelajaran atau dihantar kerja jauh dari tempat anda. Beritahu yang anda begitu bimbang akan si dia dan mahu menyediakan seorang bodyguard untuknya. Kemudian, bagi seekor teddy bear comel untuknya 🙂

 

Idea Romantis #3

Beli satu domain dengan nama kekasih anda; contohnya www.FarahAsyikin.com. Buat satu laman sesawang mengandungi kata-kata manis, beserta bunga, dan gambar-gambar memori anda bersama si dia. Anda boleh tugaskan seorang pakar pembina laman web untuk memasukkan sedikit animasi supaya ia kelihatan lebih menarik. Kemudian, semasa pasangan anda sedang melayari internet, tanya si dia adakah namanya sudah diambil atau tidak sebagai domain. Biarkan si dia menaip namanya dan menjumpai domain tersebut

Idea Romantis #4

Satu lagi hadiah yang simple tapi begitu bermakna. Belikan si dia sebuah cermin kecil yang stylish dan hadiahkan untuknya. Lekatkan sticky note di cermin itu dengan tertera kata-kata:

“In this mirror, you will see the image of the most beautiful woman in the world

Idea Romantis #5

Jika kekasih anda seorang ulat buku, saya ada idea berbentuk puzzle menarik untuk anda rancang. Ambil sebuah buku yang si dia sedang dalam pembacaan. Gariskan satu huruf-huruf di satu muka surat yang belum di baca dan akan dibaca. Contohnya saya sediakan di bawah

Let’s get one thing straight from the get-go; I am not vampire bait. I am on the flip-side of fifty. I am plus-sized. I am way too intelligent and in d epend e nt. I don’t h a ve fai r y-blood or anything like that. S o why me? Ch a nce, I guess. Luck, good o r  b a d depending on whic h  way your jollies fall. But this is the way it began .

I was standing in front of a c l ass of children. Okay, n o t quite little kids, but could we agree on immature? They were college freshmen after all. I was lecturing on, and on, and on about the intricacies of American grammar. They were probably as tired of hearing about subject nouns, object nouns, v erbs, and pr e positional phrases as I was about talking abo u t them. Glazed eyes everywhere I looked that night. Only week two and eight more weeks to go, it was a hard way to make money. But it was my life, if not my passion.

There were two men in the corner who didn’t belong in my Community College classroom. For  one their writing diagnosed at well above this basic l eve l, and fo r  the other they were clearly too well put together. Oh, they wore the same clothing the other young men did, but they wore their clothing like it was some sort of costume. I simply can’t explain it better than that, in spite of words being my thing. It was just a feeling after all.

Huruf-huruf yang telah digariskan akan membuat si dia curious dan tertanya-tanya. With a bit of luck, si dia akan menulis semula huruf-huruf. Apabila puzzle daripada huruf-huruf tersebut berjaya diselesaikan, ia akan membentuk mesej manis berbunyi “DEAR SARAH, I LOVE YOU FOREVER”

Idea Romantis #6

Bagi yang sudah berumah tangga; Letakkan sebatang ros merah di sudut-sudut yang isteri anda akan temui secara tidak sengaja. Contohnya di di kabinet dapur atau di laci meja solek. Si isteri pasti tersenyum kerana anda telah membahagiakan harinya 🙂

 

Idea Romantis #7

Si dia mahukan sepasang kasut atau aksesori berjenama. Beritahu si dia bahawa anda tidak mampu untuk membelinya (pada hakikat sebenar, anda boleh) dan biarkan si dia merajuk untuk seketika. Setelah pulang, anda pergi semula ke kedai secara senyap-senyap dan membeli barangan yang sama di kedai yang sama.

Letakkan barang itu di sisinya semasa tidur atau di atas mejanya. Mendapat semula sesuatu setelah terkecewa kelihatan begitu manis, bukan? 🙂

Idea Romantis #8

Setiap orang memerlukan seorang pendamping apabila menghadapi hari-hari sukar. Periksa kalendar si dia, jangan lupa hantar coklat bar beserta mesej motivasi ringkas di malam sebelum exam / presentation si dia. “Fighting! :)”

 

Idea Romantis #9

Pasukan bolasepak / futsal anda menempah jersi untuk setiap pemain. Berbanding menggunakan nama anda pada jersi itu, apa kata sekali-sekala gunakan nama atau akronim girlfriend dan nombor kegemarannya di belakang jersi anda? Tapi anda perlu kental la kalau kena bahan dengan teammates anda nanti. hehehe

 

Idea Romantis #10

Katakan anda berada dalam situasi cinta lokasi. Program atau kem yang anda sertai sudah sampai ke penghujung dan semua peserta   mula pulang. Set satu perjumpaan terakhir dengan crush anda semasa di kem, alasannya mahu transfer gambar-gambar yang diambil sepanjang kem tersebut.

Sebelum itu, anda perlu edit satu gambar cantik yang tertera ayat : ” Saya bahagia sepanjang kem ni. Mungkin saya suka awak. Kalau awak sudi, text me back, ok  🙂 ”

Bluetooh semua gambar yang ada dalam fon anda kepada si dia, dan untuk gambar terakhir, hantar gambar bermesej ini kepadanya. Segera tamatkan bicara dan pergi dari situ. Si dia takkan tertahan menanggung rasa teruja dan segan jika membaca gambar bermesej itu di hadapan anda.

Moga-moga ada respon baik sekejap lagi?  🙂

 

*    *    *

Ada tak pembaca yang sudah mencuba Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia (part 1) ? Jika ada bolehlah berkongsi dengan kami semua di sini  🙂

 

Gambar: AnnaAnderson, Kimberly

Google Eat this!

  • nama comel untuk teddy bear
  • hadiah romantis
  • hadiah romantis untuk kekasih
  • hadiah romantik
  • hadiah kreatif untuk kekasih
  • ayat comel untuk kekasih
  • nama untuk teddy bear
  • mesej comel untuk kekasih
  • hadiah romantis buat pacar
  • hadiah romantis untuk pacar

Leave a Comment

{ 4 comments… read them below or add one }

Geng Droid 13 November 2012 at 10:49 am

jalan-jalan cari cinta sejati..hehe

Reply

Azmiljemay 23 November 2012 at 2:12 am

Bab nak bagi coklat ni tak berapa suka, lepas kawin pun nak coklat jugak. Setiap hari jadi mesti minta coklat. Dahle tu minta pula yang regenya beratus-ratus, kan bagus kumpul duit coklat tu gi Umrah ke? Haji ke?

Reply

Miss Yati 26 December 2012 at 8:15 am

Idea yang best. Hari-hari rasa macam baru bercinta kalau macam ni.

Reply

Elie 27 December 2012 at 5:29 am

yes betul tu..barulah dikatakan romantik walaupun dah kahwin 30 tahun kan 😀

Reply

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta